05 September 2013

Umno Perak Sokong Jawatan Presiden Dan Timbalan Tidak Dipertandingkan




Badan Perhubungan Umno Perak menyokong cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti, Oktober ini. Pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pendirian Umno Perak itu tidak perlu disalahtafsirkan oleh mana-mana ahli demi kebaikan parti dan proses transformasi dalam Umno.

Katanya, Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalanya Tan Muhyiddin Yassin merupakan gandingan mantap untuk memimpin parti itu.


"Saya yakin Umno Perak telah nyatakan bahawa di samping tidak menolak hak untuk anggota bertanding di mana-mana peringkat, kami merasai bahawa kedudukan untuk Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini Rabu.

Mengenai pertandingan di peringkat bahagian dan cawangan, beliau berharap ia dapat diadakan dalam suasana kekeluargaan dan ahli parti sudah matang untuk memilih calon yang sesuai.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /