Aktor kacak, Adi
Putra yang didakwa mempunyai skandal dengan isteri orang menegaskan dia tidak
mengenali wanita yang dikaitkan dengan dirinya dan memberi sebab mengapa dia
mendiamkan diri. Kenyataan ini diberikan oleh Adi ketika ditemui di sidang
media di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sebentar tadi.
"Saya langsung
tidak mengenali wanita itu. Ramai yang bertanya kenapa saya mengapa mendiamkan
diri. Mendiamkan diri tak membawa erti saya melarikan diri apabila kes ini
timbul. Saya tetap muncul dalam aktiviti-aktiviti yang sudah dirancang seperti
sidang media produk ini, tayangan KL Gangster
2 dan sebagainya.
“Saya diamkan diri
kerana kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. Jika saya buka mulut,
saya akan mengganggu siasatan dan kerja pihak berkuasa. Jadi, ada baiknya saya
diamkan diri. Apa yang boleh saya katakan ialah saya langsung tidak kenal
dengan perempuan itu," jelas Adi memulakan bicara.
"Saya tidak tahu
punca kontroversi ini boleh timbul. Bagi saya, kontroversi tetap kontroversi.
Saya ibaratkan perkara itu sebagai air. Jadi saya kena biarkan air itu mengalir
dah saya tak boleh tahan air itu daripada mengalir. Satu hari nanti pasti ada
penjelasan dan kepastian. Saya hanya boleh diamkan sahaja," kata hero
drama 'Teduhan Kasih' ini lagi.
Ketika diminta
mengulas adakah kontroversi yang terjadi ini merupakan satu unsur sabotaj atau
fitnah terhadap dirinya, Adi menjelaskan yang dia tiada hak untuk berkata
begitu.
"Saya tak boleh
cakap begitu. Kalau saya cakap, sepertinya saya sudah menjatuhkan hukum. Saya
tidak layak menghukum orang lain kerana saya bukan Tuhan. Lebih baik saya diam
daripada berkata kerana kalau saya salah cakap nanti, lain jadinya. Saya tidak
tahu kenapa nama saya boleh terkait dalam kontroversi ini, Wallahualam.
“Saya sudah terpilih
untuk terlibat dalam kontroversi ini, saya hanya menerimanya sahaja. Ini
merupakan dugaan paling hebat untuk saya sepanjang 32 tahun saya hidup. Ada
berita yang mengatakan saya buat gangguan seksual. Kalau betullah saya buat
gangguan seksual, pastinya saya sudah ditahan reman.
Saya ambil ini
sebagai pengalaman dan pengajaran. Saya hanya kosongkan hati dan ingat perkara
ini sebagai ujian untuk saya. Hubungan saya dengan isteri masih baik seperti
biasa, keluarga kami juga tiada masalah. Saya tidak akan lari, saya tetap akan
berkongsi dengan semua. Tapi memandangkan perkara ini masih lagi dalam
siasatan, saya tak boleh ulas lanjut kerana saya tidak mahu langgar
undang-undang. Biar pihak berkuasa jalankan siasatan," luah Adi
berterus-terang.
Sementara itu, Adi
juga mendedahkan yang dia sebenarnya telahpun berjaya mendapat status sebagai
penduduk tetap (PR) di Malaysia.
"Saya sudah sah
memegang taraf penduduk tetap (PR) di Malaysia. Tapi saya minta maaf, saya
tidak boleh memberi maklumat lanjut tentang tarikh sebenar saya mendapat
kerakyatan ini. Ini merupakan urusan kerajaan. Setelah 12 tahun menetap di
Malaysia dan lapan tahun berkahwin dengan orang Malaysia, akhirnya saya
mendapat taraf PR," ulas Adi.
Artikel Berkaitan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan