Sebelum ini
peminat-peminat Akademi Fantasia telah dikejutkan dengan penglibatan pelakon
baru, Arja Lee dan penyanyi, Fida Ibrahim sewaktu mereka menyertai sesi uji
bakat AF 2013 yang berlangsung beberapa bulan lepas.
Dan sejak daripada
itu, pelbagai spekulasi dan kontroversi mula timbul hingga ada yang
mempersoalkan penyertaan Fida kerana sepupunya, Dato’ Siti Nurhaliza merupakan
salah seorang inspirer rancangan realiti TV itu.
Bagaimanapun, menurut
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, kedua-dua selebriti itu tidak dapat meneruskan cita-cita mereka di
dalam AF 2013 kerana tidak mencapai tahap yang dikehendaki panel penilaian.
Arja Lee sampai ke
peringkat Top 24 namun kekurangan undian menyebabkan dia tidak terpilih untuk
menyertai 10 peserta awal pada konsert Prelude. Manakala Fida tidak melepasi
Top 24, bukan kerana suara dia tidak sedap namun ada calon yang lebih layak dan
mempunyai suara yang belum ada lagi di negara ini.
Bagi musim terbaru
ini, AF memberi kepercayaan kepada Zizan Razak untuk mengemudi keseluruhan
episod itu dan diharap dapat memberi kelainan berbanding musim-musim terdahulu.
Beralih soal cabaran
yang bakal dihadapi oleh pelajar-pelajar kali ini, Raqim menjelaskan bahawa
mereka akan didedahkan kepada sosial media sebagai langkah untuk berinteraksi
dengan peminat.
Kalau dulu mereka
tidak dibenarkan berhubung dengan dunia luar, namun kali ini berbeza. Kita mahu
mereka belajar untuk berhadapan dengan media sosial seperti Twitter, Instagram
dan Facebook.
Seperti musim
sebelumnya, Shafizawati atau Cikgu Shafi masih menggalas tanggungjawab sebagai
guru vokal di samping tiga tenaga pengajar baru yang terdiri daripada Alam
Wakaka dan Suhaili sebagai Guru Koreografer serta Fizz Fairuz sebagai Guru Seni
Persembahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan