Ketua Wanita Umno
Kedah, Datuk Dr Maznah Abdul Hamid menyifatkan sebagai "bijak" dan menyambut baik keputusan Datuk Seri Azalina
Othman Said menarik diri daripada bertanding jawatan ketua Wanita Umno walaupun
ramai ahli pergerakan itu telah "terguris".
Katanya, ramai ahli
pergerakan itu "terguris"
apabila Azalina “TERGAMAK” mahu
mencabar Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menerima sokongan padu untuk
mempertahankan jawatan ketua Wanita.
Tegasnya, Azalina
sepatutnya menawarkan diri bertanding kerusi Exco terlebih dahulu seperti
dilakukan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
"Rosnah ini
timbalan menteri dan juga ketua Puteri, tapi dia mai (datang) ketuk pintu
dahulu, dia mai (datang) dengan berbudi bahasa. Jadi sepatutnya dia (Azalina)
tawar diri jadi exco dahulu," katanya.
Maznah diminta mengulas
laporan berhubung keputusan Azalina untuk bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi
(MT) Umno dan tidak akan merebut jawatan ketua Wanita Umno "bagi mengelak perpecahan dalam Wanita Umno".
Ketua Wanita Umno
Kedah itu berpendapat bahawa Azalina menarik diri daripada bertanding jawatan
ketua wanita Umno bagi memancing undi ahli sayap itu yang mampu membolehkannya
menang dalam pemilihan MT.
"Kami
berpendapat apabila dia menyedari dia akan kalah, dia (bertindak) menarik diri....
Jadi (sekarang dia sedar) dia juga perlukan undi Wanita yang begitu ramai. Dengan
cara ini dia dapat pancing undi Wanita," tegas Maznah lagi.
Ditanya mengenai
laporan akhbar semalam yang melaporkan beliau menyokong Azalina bertanding
jawatan ketua Wanita, Maznah menjelaskan gesaan itu sebenarnya dibuat dalam
bentuk kiasan kepada Azalina.
"Saya cakap
kelmarin itu supaya dia dapat ukur penerimaan wanita terhadapnya,"
katanya.
Artikel berkaitan
Baca : Akhirnya Azalina Tarik Diri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan