Menjelang
perbicaraan terakhir kes penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam esok, masih
ada puak-puak yang mengeluarkan 'fatwa' songsang semata-mata mahu
menyokong penggunaan kalimah Allah untuk semua. Paling sedih, orang yang keluar
fatwa ini pula mengaku Islam.
Antara
yang disebut puak-puak ini ialah: "Allah itu satu dan satu satunya tuhan untuk sekalian umat dan
alam semesta, Ini la yang terjadi apabila desperate nak dapat undi sampai lupa
Allah itu ialah tuhan untuk semua dan bukannya untuk umat Islam sahaja."
Ada
yang juga sebut: "Dalam
bible,dalam taurat, dalam zabur nama Allah itu ada, untuk kita adalah quran.
Kalau masih nak baca bible silakan."
Saya
bukan golongan alim ulama tetapi saya hendak beritahu kepada puak-puak ini
bahawa hanya satu agama sahaja yang Allah SWT terima iaitu Islam. Jadi kalau
bukan Islam hendak sangat guna kalimah suci Allah, sila masuk Islam.
Kepada
puak-puak ini, majoriti umat Islam tidak akan sesekali reda ada golongan yang
mahu mempermainkan kalimah Allah termasuk memaksudkan Allah itu 'trinity' atau menganggap 'Allah itu beranak dan diperanakkan'.
Selagi
hayat masih ada, kami tidak akan pernah rela. Kepada yang lapang, ayuh ke
mahkamah. Bersama kita bersatu pertahan kalimah Allah. Allahuakhbar!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan