11 September 2013

Nabila Huda Belum Sedia Untuk Komen




Ahad lalu, pelakon Nabila Huda dan anaknya mengalami kemalangan jalan raya di Lebuhraya Karak selepas kereta yang dipandu oleh pelakon Syazwan Zulkifli berpusing dan akhirnya terbalik ketika dalam perjalanan pulang ke ibu negara selepas menghadiri sebuah acara hiburan di Kuantan, Pahang.

Akibat  daripada kemalangan itu, anaknya Keisha patah tangan dan dimasukkan ke hospital. Ekoran daripada kejadian itu, bekas suami Keisha, Zaidi Zailani meluahkan perasaan kesal dan marah terhadap insiden yang berlaku di akaun Twitter miliknya.


Zaidi seolah-olah menyalahkan Nabila kerana membawa Keisha bersama-sama. Bagaimanapun, dalam laporan sebuah portal hiburan hari ini, Zaidi memberitahu dia sebenarnya melepaskan geram terhadap situasi yang berlaku kerana terlalu bimbangkan keadaan Keisha.

Dek kerana kemalangan itu juga, isteri Amy Search dan ibu tiri Nabila, Nourish, tampil membuat kenyataan bahawa suaminya terasa hati dengan Nabila kerana tidak pulang menjenguknya pada Hari Raya tahun ini.

Jelas Nourish, Amy menyifatkan kemalangan tersebut sebagai satu petunjuk kecil daripada Allah. Ini kerana Amy ada berdoa supaya Allah tunjukkan sedikit pengajaran kepada Nabila kerana melihat anaknya itu seakan-akan melupakannya.

Gua cuba menghubungi Nabila untuk mendapat maklum balas terhadap kenyataan demi kenyataan daripada orang di sekelilingnya ini, namun melalui kiriman khidmat pesanan ringkas, Nabila memberitahu dia belum bersedia untuk memberi sebarang komen.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /