12 September 2013

Puteri Harapan Umno Slogan Mas Ermieyati




'Puteri Untuk Umno dan Puteri Harapan Umno' menjadi slogan Mas Ermieyati Samsudin dalam pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Puteri Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Ketua Puteri Umno Melaka itu yang telah menawarkan diri bertanding jawatan itu berkata slogan itu diharap dapat menjadi pendorong kepada anggota Puteri di seluruh negara supaya bersama-sama memperjuangkan agenda parti demi rakyat.

"Pemilihan parti bulan depan akan ditentukan 100,000 ahli Puteri di seluruh negara dan saya lihat Puteri perlu balik semula pada perkara asas dengan menyebut tentang keahlian dan semangat perjuangan parti," katanya kepada pemberita selepas tayangan filem 'Tanda Putera'.

Katanya pergerakan itu juga perlu memberikan tumpuan menarik golongan muda untuk bersama-sama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada masa depan. Beliau juga berharap semua pihak dapat bersaing secara sihat tanpa menimbulkan sebarang isu yang boleh menjejaskan parti.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /