Seperti orang yang
gila talak, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim baru-baru ini mengeluarkan kenyataan
kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menghubunginya dan
mencadangkan agar diwujudkan kerajaan perpaduan antara Umno dan PKR.
Dia yang berkata
ketika program wawancara dengan laman web Asia Sentinel menjelaskan, kononnya
terpaksa menolak cadangan tersebut ekoran serangan bertali-arus oleh akhbar
Utusan Malaysia ke atas masyarakat Cina dan India. Walaupun ada yang terkejut
dengan kenyataan tersebut, namun di masa yang sama ramai juga yang merasakan
kenyataan tersebut hanya merupakan ‘drama terbaru’ lakonan Raja Sandiwara
Negara itu.
Ini kerana ramai
telah mula sedar dan mengakui akan kehebatan Anwar dalam berlakon pelbagai
watak sebagai usaha untuk meraih simpati dan sokongan rakyat. Di tambah dengan
sokongan padu yang diberikan oleh orang Melayu kepada kerajaan pimpinan Najib
melalui pilihan raya umum yang lalu, Anwar tahu dia perlu melakukan sesuatu.
Walaupun sokongan
padu masyarakat Cina dilihat cenderung untuk bersama pakatan pembangkang, namun
tanpa sokongan masyarakat Melayu secara keseluruhan cita-cita Anwar untuk
menjadi Perdana Menteri adalah merupakan sesuatu yang mustahil.
Oleh itu dia perlu
mewujudkan satu gerakan atau persepsi agar orang Melayu khususnya ahli-ahli
Umno menolak kepimpinan Najib. Selari dengan pemilihan Umno yang akan diadakan
tidak lama lagi, Anwar merasakan kenyataan tersebut boleh menyebabkan ahli dan
penyokong parti marah kepada Najib disebabkan ‘pengkhianatan’ yang dilakukan
itu.
Ini kerana tindakan
Anwar yang saban hari mencerca, menghina dan memfitnah Umno adalah suatu dosa
yang tidak akan dapat dimaafkan sampai bila-bila. Oleh itu sekiranya Najib
selaku Presiden parti yang ingin mewujudkan usaha pendamaian gagal mendapat
sokongan majoriti ahli dan pemimpin, sudah pasti akan wujud gerakan untuk
menjatuhkan beliau khususnya di kalangan penyokong Tun Dr Mahathir.
Namun di sebalik
kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar itu wujud beberapa persoalan yang
mengelirukan. Pertama mengapakah isu ini dibangkitkan ketika mesyuarat
cawangan-cawangan Umno bermula? Sekiranya benar Anwar menolak cadangan Najib
untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, mengapakah isu ini tidak dibangkitkan
ketika kempen pilihan raya umum yang lalu atau setidak-tidaknya ketika kempen
pilihan raya kecil Kuala Besut?
Dan yang paling utama
ialah, majoriti rakyat mengetahui impian dan cita-cita Anwar adalah untuk
menjadi Perdana Menteri, oleh itu masakan Najib tidak mengetahui akan hakikat
tersebut sehingga sanggup menghina Anwar dengan menawarkan pelan damai?
Jawapannya mudah, isu
kerajaan perpaduan adalah merupakan skrip terbaru lakonan Anwar. Ini kerana
Anwar sedar keputusan pilihan raya umum ke-13 telah berjaya mewujudkan
keresahan di kalangan umat Islam dan Melayu di negara ini betapa pentingnya
semangat perpaduan. Tambah menakutkan apabila wujud sebilangan kecil masyarakat
bukan Islam yang begitu ekstrem memperlihatkan sikap anti Islam dan Melayu.
Selain kata-kata yang
menghina, mereka juga dilihat sudah semakin berani menghina Islam dengan
memaparkan pelbagai gambar, komentar, rakaman video yang secara jelas berniat
untuk membakar hati dan semangat rakyat.
Atas sebab itu, sudah
ada ‘bisik-bisik’ di kalangan pengikut dan penyokong Pas yang menggesa pimpinan
parti itu untuk menimbangkan secara serius pelan damai untuk bersama dengan
Umno. Tindakan PKR yang jelas begitu liberal dilihat langsung tidak membantu
gerakan Islam malah telah menyebabkan parti itu mula kehilangan sokongan.
Menyedari akan
hakikat itu, Anwar sedar dia melakukan sesuatu. Sekiranya gagal untuk menarik
sokongan masyarakat Melayu menyokong pakatan pembangkang, maka sokongan mereka
terhadap Umno perlu dipecahkan. Hanya dengan cara itu dia akan kembali relevan
dalam mengejar impiannya bergelar Perdana Menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan