Penyanyi yang popular dengan lagu Bambu
Ramba, Norshila Amin, 49 ditimpa kemalangan apabila bahagian kiri tubuhnya
disambar api ketika sedang sibuk memasak di dapur, Sabtu lalu. Menurut Shila
Amin, kejadian itu berpunca dari tong gas yang bocor di rumah anak
perempuannya, Nurrul Admiena Norrizan. Anggota kiri badannya termasuk wajah,
tangan dan kaki melecur.
"Ketika itu saya sibuk nak masak rendang
bersempena dengan majlis rumah terbuka di rumah Admiena dan tidak sedar pula
yang tong gas terbocor.
"Tiba-tiba sahaja ketika mahu mencapai
barang masakan yang berdekatan dengan tong gas itu, api terus menyambar
sehingga membuatkan muka dan badan saya melecur," katanya.
Shila juga akui rasa sakit di bahagian bibir
dan wajah masih terasa meskipun sudah seminggu kejadian itu berlaku.
"Kalau nak ikutkan memang rasa sakit
sangat terutama pada bahagian bibir dan wajah yang semakin tegang gara-gara
melecur. Malah kening saya pun dah tidak ada.
"Apapun saya menunggu wajah ini sembuh dahulu
sebelum mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan saya yang merupakan seorang
pakar kecantikan," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan