Seorang lelaki China yang mahu mencari
ketenangan bertindak memencil diri dengan tinggal di dalam sebuah gua di sini,
dalam wilayah Shaanxi sejak 20 tahun lalu, lapor akhbar Daily Mail semalam. Feng
Mingshan, 54, menjadikan sebuah gua setinggi 50 meter sebagai tempat tinggalnya
sejak 1993.
Dia juga terpaksa memanjat tebing sebuah
bukit setiap kali mahu memasuki rumah unik yang dibinanya. Media tempatan
melaporkan bahawa Mingshan menemui gua tersebut ketika dia masih remaja.
Dia sebelum ini membawa diri meninggalkan
Bandar Gaoba, di barat laut wilayah Shaanxi, China pada 1993 kerana tidak tahan
dengan kerenah orang ramai. Abangnya, Feng Xueming berkata, Mingshan memiliki
perangai pelik.
“Perangai abang saya pelik. Dia tidak suka
berkomunikasi dengan orang lain,” katanya.
Sejak 20 tahun lalu Mingshan telah berusaha
membesarkan ruang di dalam gua yang didudukinya. Dia juga memahat tempat
berpegang pada dinding batu di luar gua itu untuk membantunya bergerak di
tebing yang curam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan