24 Ogos 2013

5 Lelaki Bergilir-Gilir Rogol Jurugambar Muda




New Delhi: Seorang jurugambar muda dirogol secara beramai-ramai sementara rakan sekerja lelakinya dipukul di kawasan terpencil di Mumbai, semalam. Kejadian itu sama dengan peristiwa Disember lalu apabila seorang pelajar universiti dirogol sekumpulan lelaki sebelum meninggal dunia di Singapura.

Polis berkata, dalam kejadian semalam, wanita itu ditugaskan mengambil gambar di kawasan berkenaan yang dulunya menempatkan kilang kain tetapi kini berubah menjadi kawasan kediaman dengan kondominium mewah, pusat beli belah dan restoran besar, yang dibina bersebelahan dengan kilang kain dan kawasan setinggan.


Selepas menawarkan bantuan bagi mendapatkan kebenaran untuk merakam gambar sebuah bangunan buruk di situ, kumpulan lima lelaki berkenaan bertindak ganas dan menuduh rakan lelaki jurugambar itu terbabit dalam aktiviti jenayah di kawasan itu.

Apabila mereka menafikan tuduhan itu, mereka mengikat tangan mangsa dan mengheret wanita berkenaan ke tempat lain sebelum merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /