Naib Presiden Umno
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menemplak pihak yang mendakwa beliau mungkin
bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti Oktober ini.
"Orang (yang
membuat dakwaan) itu gila," katanya.
Beliau mengulas
laporan dalam portal berita, Free Malaysia Today (FMT) bahawa desas-desus Ahmad
Zahid bakal bertanding jawatan timbalan presiden telah mula tersebar di
bandar-bandar di Sabah.
Menurut laporan itu,
kumpulan tertentu dalam Umno Sabah mendakwa Ahmad Zahid mungkin mencabar
Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan itu dalam perhimpunan
agung Umno pada Oktober. Menteri Dalam Negeri itu menjelaskan beliau telah
beberapa kali menyatakan hanya akan mempertahankan jawatan naib presiden pada
pemilihan parti kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan