Kata orang, jika kita
tidak belajar dari kesilapan maka kita akan dihukum mengulangi kesilapan yang
sama berkali-kali. Jika kesilapan pertama menjadikan rumah kita retak,
kesilapan seterusnya pasti akan membuatkan rumah kita runtuh. Jika rumah kita
retak kerana kontraktor tidak punya kredibiliti, apakah kita akan menyuruh
kontraktor yang sama juga memperbaiki keretakan itu?
Kata orang bijaksana
pula, perkara pertama perlu ada pada mereka yang ingin menceburi politik ialah ‘kematangan’ dan perkara utama yang
tidak harus ada pada seorang ahli politik ialah sifat ‘naif’. Sedar atau tidak, sifat naïf pemimpin yang tidak menyedari
keadaan sebenar di peringkat rakyat serta cenderung menaruh kepercayaan kepada
pihak yang licik, merupakan bibit-bibit awal yang membawa kepada terjadinya 13
Mei 1969.
Kata orang
berpengalaman, dalam menangani kelicikan musuh dalam selimut, kita tidak
seharusnya mengambil sikap ‘apologetik’.
Dalam konteks politik Barisan Nasional, musuh dalam selimut itu, tidak lain
tidak bukan ialah MCA. Ini terbukti pada PRU-13 yang lalu apabila 97%
orang-orang Cina menolak BN.
Kita dapat melihat
sendiri bagaimana sepanjang penggal lalu, MCA tidak begitu berminat untuk
menambah ahli tetapi menumpukan sepenuh tenaga untuk mempopularkan Perdana
Menteri, iaitu taktik yang pasti akan memakan diri apabila dilakukan
keterlaluan. Tidak mustahil taktik ini sebenarnya adalah satu bentuk sabotaj
yang licik sekali.
MCA semestinya
menyangka bahawa orang-orang Cina pasti berjaya menawan Malaysia untuk kesekian
kalinya dalam PRU-13 dengan membiarkan Pakatan Rakyat menang di mana DAP
mendahului jumlah kerusi. Namun, dengan kuasa Allah SWT, perancangan mereka
tidak berjaya dan mereka terpaksa terus bersama BN walaupun sebahagian besar
dari mereka telah mengundi DAP pada PRU lalu dan kemungkinan besarnya pada PRU
akan datang juga.
Lalu, kepada BN, MCA
mengaku bersalah, meminta maaf dan bersedia memikul tanggungjawab dengan
menolak sebarang jawatan kabinet.
Namun, di masa yang
sama, MCA meneruskan agenda Ketuanan Cina mereka melalui akhbar milik mereka
iaitu The Star. Lenguh sudah tangan-tangan blogger mendedahkan kelicikan MCA
sebagai amaran kepada kepimpinan BN, namun sehingga kini BN masih mengambil
sikap menutup mata terhadap permainan MCA melalui The Star. Tiada amaran, tiada
kenyataan tegas dari kepimpinan BN dan jauh sekali tindakan terhadap kebiadapan
MCA.
Dan hari ini, The
Star mempromosi DAP lagi melalui laporan Mid Autumn Festival yang memaparkan
gambar peniaga dengan maskot DAP. Seperti biasa juga pemimpin BN melihatnya
sebagai satu perkara kecil. The Star membawa suara DAP bukan lagi satu rahsia,
dan semua orang tahu mengenainya. Selain
akhbar, MCA juga mengeluarkan produk pro-DAP melalui Universiti miliknya iaitu
UTAR dan Kolej TAR.
Jelas bahawa MCA dan
DAP mempunyai hala tuju yang sama tetapi berjuang melalui platform yang
berlainan bagi memastikan penguasaan yang lebih meluas dan bermakna iaitu
dengan menguasai kedua-dua belah pihak. Sedangkan, UMNO hanya melihat
kemenangan dari segi undi terhadap BN,
bukan penguasaan yang sebenar.
Mungkin kerana itu,
UMNO berpura-pura tidak merasa tikaman MCA di belakang. UMNO juga pura-pura tidak mendengar gelak
tawa MCA terhadap kenaifan atau mungkin juga ‘ketamakan’ atau ‘kebebalan’
mereka.
Hakikat bahawa MCA
tidak lagi membawa aspirasi BN atau semangat setiakawan yang termeterai melalui
kontrak sosial, langsung tidak menggusarkan BN.
Sedangkan, dalam
keadaan yang begitu rapuh, BN tidak boleh memilih untuk berdiri atas kekuatan
musuh. Apatah lagi kini apabila telah terbukti bahawa UMNO boleh berdiri
sendiri atas sokongan padu orang-orang Melayu jika kena strateginya. Dan
strategi menyimpan musuh dalam selimut bukanlah strategi yang tepat.
Sudah sampai masanya
UMNO mendesak MCA meletakkan garis yang jelas dalam perjuangan mereka. Paksa
MCA menyatakan di pihak manakah mereka berada.
Jika BN boleh memaksa para blogger menyatakan sokongan dengan tidak
mengkritik BN, maka kenapakah MCA tidak boleh diberi layanan yang sama? Apa ada
pada MCA sehingga menyebabkan mereka boleh berbuat sesuka hati mempermainkan
UMNO dan BN di dalam akhbar milik mereka?
Atau soalan yang
lebih tepat ialah, berbaloikah segala pengorbanan memperbodohkan diri kepada
MCA ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan