09 September 2013

Johari Abdul Salahkan Hujan, Bila Program GAGAL Dapat Sambutan



Ini Semua Salah Hujan, Kalau Tak Hujan Pasti Ramai Orang Datang

Hasrat Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mengadakan perhimpunan bersama penyokongnya malam kelmarin di Taman Jubli Perak, dekat sini didakwa tidak mendapat sambutan. Difahamkan, perhimpunan bertujuan menyatakan kebangkitan rakyat terhadap isu jenayah serta beberapa perkara berbangkit itu turut dijadualkan dihadiri beberapa pemimpin atasan pembangkang.

Khabar angin turut tersebar menyatakan perhimpunan yang dianjurkan itu bertujuan memberi sokongan dan mengutip dana bagi menampung keluarga mangsa jenayah, Chee Gaik Yap yang dirogol dan dibunuh pada 2006. Tinjauan ke lokasi kejadian mendapati, hanya kira- kira 50 penyokong membanjiri taman rekreasi berkenaan.


Turut berada di kawasan perhimpunan ialah Adun Lunas, Azman Nasrudin selain Johari serta beberapa penyokong PR. Mengulas dakwaan itu, Johari berkata, perhimpunan yang dijangka dihadiri 2,000 pengunjung itu dibatalkan pada jam 9.15 malam.

“Saya sendiri membuat pengumuman membatalkan perhimpunan bukan disebabkan tiada sambutan tetapi disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan,” katanya.

Menurut Johari, hujan lebat yang turun pada malam tersebut menghalang perhimpunan diadakan kerana kawasan padang tidak berbumbung dan memberi kesukaran kepada orang ramai.

“Sambutan tetap ada termasuk penyokong yang telah bersedia dari awal lagi untuk sama-sama menyertai perhimpunan. Tetapi, disebabkan hujan lebat dan tiada tanda-tanda untuk berhenti, ramai antara mereka berkumpul di restoran, kedai kopi serta beberapa premis sekitar,” katanya.

Beliau turut menafikan perhimpunan itu tidak mendapat sambutan daripada pemimpin pembangkang terutama PKR sendiri apabila pemimpin yang mengesahkan kehadiran tidak turut serta.

“Kita telah mendapat pengesahan awal daripada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Adun Berapit, Lydia Ong Kok Fooi dan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Rani Patto untuk hadir.

“Bagaimanapun, disebabkan hujan, kita membatalkan perhimpunan dan terus memaklumkan pemimpin terlibat untuk tidak hadir ke sini akibat cuaca hujan,” katanya.

Beliau berkata, satu tarikh baru akan dimaklumkan bagi tujuan sama dan lokasinya juga akan dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai. Jumaat lalu, media menyiarkan kenyataan Johari yang mengajak orang ramai berhimpun bertujuan memberi sokongan terhadap tindakan polis dalam memerangi jenayah.

Beliau turut memaklumkan dalam perhimpunan berkenaan, orang ramai akan memasang lilin (Khurafat) sebagai tanda simbolik iaitu mahukan cahaya atau kehidupan baru yang bebas jenayah.

Johari juga mengesahkan ada menjemput pemimpin BN dan pihak polis supaya boleh mengadakan perbincangan atau dialog serta mencari pendekatan tertentu dalam membasmi jenayah masa panjang. Perhimpunan dijadualkan bermula jam 8 hingga 11 malam. Bagaimanapun, hanya lebih kurang setengah jam berkumpul, Johari mengumumkan bahawa perhimpunan dibatalkan akibat hujan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /