Berapa ramai pemimpin Umno yang sanggup buat macam ini? |
Beliau adalah
penyandang jawatan sebelum ini dan akan mempertahankannya sekali lagi. Berasal
dari golongan "marhaen"
Umno yang memanjat tangga kepimpinan melalui gerak kerja sukarelawan yang dipelopori
beliau sejak sekian lama. Terlibat dengan misi-misi bantuan kemanusiaan baik di
dalam negara mahupun di luar negara yang kini telah merangkumi 32 buah negara
semuanya.
Beliau juga terlibat
dengan misi membawa pulang hampir 87 gadis bawah umur dan isteri orang yang
dibawa lari ke Lombok Indonesia. Ramai mungkin tidak mengetahui yang beliau
juga terlibat untuk membawa pulang gadis "keldai-keldai
dadah" dan gadis "sindiket
kad kredit" yang menjadi mangsa.
Kepada para pelajar
di Mesir dan keluarga mereka “jasa” Azeez
Rahim dalam misi membawa pulang pelajar-pelajar sewaktu berlakunya krisis tidak
mungkin dapat dilupakan. Inilah
keistimewaan beliau yang TIADA pada calon
lain sekiranya ingin dibuat perbandingan. Semuanya dibuat untuk “kerja secara sukarela”.
Walaupun ramai “musuh-musuh" politik beliau
berusaha untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti beliau lebih-lebih lagi selepas
dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji. Ternyata Dato Azeez begitu tabah
menerima segala tohmahan dan cercaan tanpa sekalipun menunjukkan reaksi beliau.
Mari kita tenung satu
persatu calon-calon yang menawarkan diri untuk jawatan Majlis Tertinggi ini dan bertanya kepada diri kita semua...."Apa yang ada pada mereka yang
tidak ada pada Dato Azeez Rahim dan apa yang ada pada Dato Azeez yang tidak
dimiliki calon-calon lain...?"
Satu lagi
pertimbangan yang wajib diambil kira adalah KEJAYAAN beliau merampas kembali kerusi Parlimen Baling dari
Pakatan Rakyat dalam PRU13 lalu dengan majoriti melebihi 5 ribu.
1 ulasan:
nama saja pengerusi tabung haji tapi ni kira pertama kali dalam sejarah lah pengerusi tabung haji x pergi haji, sibuk pasal pemilihan MT dan bahagian. Apa gila ke pengerusi tabung haji x pergi haji????!!!!
Catat Ulasan