29 September 2013

Permohonan Maaf Dari Isteri Mat Yo




“Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak”, demikian kata-kata permohonan maaf isteri pemain bola sepak Norshahrul Idlan Talaha yang dipetik dari akhbar Berita Harian pada Jumaat lalu.


Dalam pada itu, Siti Aisya turut menyifatkan kebenaran mengenai isu yang berlaku ini akan terbongkar dan turut meminta umum jangan terus menghukum dan mencemuh suaminya dengan hanya menonton rakaman video yang tersebar itu tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya.

Mengenai rakaman video yang mendapat kecaman ramai itu, Siti Aisya menjelaskan bukan dia yang memuat naik di internet seperti yang di dakwa oleh sesetengah pihak

Mengulas lanjut tentang video terbabit, Siti Aisya turut memaklumkan hanya dua individu memiliki rakaman terbabit namun beliau enggan mendedahkan siapa dua individu tersebut, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.


Tambah laporan lagi, ekoran penyebaran video berkenaan, Siti Aisya menghadapi tekanan apabila ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.

Beliau turut menafikan tuduhan masyarakat yang tindakannya itu memalukan suami malah dirinya bukan seorang yang biadap dan menegaskan kejadian itu berlaku apabila individu lain membuat dirinya terasa tercabar sehingga menimbulkan kemarahannya.

Sementara itu, dia juga tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.

Terdahulu insiden kekecohan membabitkan isteri Mat Yo dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas di internet mendapat perhatian dan juga kritikan daripada umum.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /