Eva Kusuma Sundari, salah
seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia mengesa agar penyanyi
Ahmad Dhani dikenakan hukuman atas kesalahan anaknya Abdul Qodir Jaelani. Anak
penyanyi itu yang terkenal dengan panggilan Dul didakwa sebagai menjadi
penyebab terhadap kemalangan maut yang meragut 6 nyawa di Tol Jagorawi,
Indonesia baru-baru ini.
Keadaan Dul sejurus selepas kemalangan |
Menurut Eva gesaan
itu disebabkan kerana sistem Undang-Undang perundangan republik itu tidak
membenarkan kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dikenakan sebarang
hukuman. Oleh yang demikian di dalam kes ini Dhani harus dipertanggungjawabkan di
atas kesalahan anaknya yang berusia 13 tahun.
“Kita juga dapat
informasi (menerima maklumat) bahawa Dhani (telah) membelikan mobil (kereta
tersebut) untuk anaknya (Dul), sesuatu yang (boleh) membahayakan dirinya. Jadi,
saya melihat si Dul korban juga (mangsa keadaaan), dari orang tua yang mendidik
salah, serta lingkungan yang tidak normal sehingga mengganggu pertumbuhan
dirinya,” ujar Eva.
Dul sudah semakin pulih |
Oleh yang demikian
menurut Eva, kesalahan Dul harus disabitkan ke atas keluarganya, ekoran dari
tindakan anaknya yang terbukti bersalah memandu di bawah umur sehingga menyebabkan
kemalangan korban yang meragut nyawa penduduk.
Menurut sumber, sebelum
mengalami kemalangan tersebut, Dul dikatakan pergi berjumpa dengan kekasihnya
(Arin) di Grand Indonesia, Jakarta. Sejurus selepas itu, dengan menggunakan kereta
Mitsubishi Lancer Evo B 80 SAL, dia dan seorang rakannya telah memandu Cibubur untuk
menghantar kekasihnya itu untuk pulang ke rumah.
Eva kekasih Dul |
Tidak lama selepas
itu dia dilaporkan telah terlibat dengan kemalangan tersebut yang telah
mengakibatkan 6 orang terbunuh dan 9 yang lain cedera parah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan