Yamaha
secara rasmi telah mengeluarkan spesifikasi dan gambar rasmi model YZF-R1 2014
setelah pelancaran model Race Blu yang lalu, kecuali dengan 3 skim warna baru,
masih cukup banyak berubah berbanding dengan model 2013.
Sudah
tentu, ia masih jentera yang hebat sebaris dengan saingannya yang berteknologi
tinggi, dengan sistem pendikit Ride By Wire, sistem kawalan cengkaman (Traction
Control System) 7 peringkat, sistem suspensi Ohlins boleh laras sepenuhnya
depan belakang, sistem engkol cross plane dengan empat sebaris omboh forged
aluminium dan injap pengambilan titanium, sistem slipper klac yang di ambil
dari teknologi Yamaha MotoGP.
180
kuasa kuda yang terhambur dari enjin yang cukup padat, dengan berat kering
180kg masih mengekalkan Yamaha YZF-R1 kekal dengan nisbah 1:1, ini memastikan
bahawa R1 baru masih banyak yang menarik bagi kebanyakan model saingan,
melainkan jika anda sudah mempunyai S1000RR atau RSV4 Factory atau Panigale R
dalam garaj anda. Secara Rasmi akan di pasaran akhir bulan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan