Syamsul Yusof tidak
hadir ke majlis tayangan bersama media untuk filemnya sendiri, KL Gangster 2
malam tadi. Datuk Yusof Haslam memaklumkan kepada media, yang anaknya itu tidak
dapat hadir ke majlis tayangan semalam kerana masih tertekan dengan isu cetak
rompak KL Gangster 2 yang terjadi beberapa minggu yang lalu.
“Emosi Syamsul belum
stabil. Jiwanya terganggu akan kejadian rompakan digital terhadap filem KL
Gangster 2. Saya faham dengan situasi yang dihadapinya itu”
Dalam majlis yang
sama, Yusof Haslam juga ada mendedahkan luahan hati anaknya itu yang mahu
berhenti mengarah filem selepas kejadian KL Gangster 2 di’sabotaj ini.
“Tapi yang saya
risau, dia kata dia nak tarik diri daripada industri filem. Dia dah tak mahu
terus mengarah lagi. Syamsul ni jenis degil, kalau dia kata dia nak buat
sesuatu tu, dia akan buat. Ini yang cukup membimbangkan saya,” tambah Yusof
Haslam.
Yusof Haslam menambah
lagi jika benar Syamsul Yusof menarik diri dari dunia perfileman Malaysia,
ianya satu kehilangan yang sangat besar kerana pengarah muda itu punyai potensi
yang tinggi selain mempunyai barisan filem yang berjaya sebelum ini.
“Jika dia betul-betul
tarik diri, sudah pasti ia satu kehilangan besar industri perfileman tanah air.
Ramai yang datang kepada saya dan memberitahu bahwa saya bertuah mempunyai anak
seperti Syamsul yang dapat meneruskan legasi empayar perniagaan saya”
“Saya harap dengan
sokongan para penonton terhadap sambutan filem ini di pawagam, dapat
mengembalikan semula semangatnya. Saya harap dia tak silap perhitungan &
tak putus asa”
KL Gangster 2 akan ke
pawagam seluruh negara pada 3 Oktober 2013 ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan