10 September 2013

5 Isteri Tekad Rogol Suami Hingga Mati



Mayat Onoja Sedang Dibawa Ke Hospital Untuk Bedah Siasat


Seorang ahli perniagaan di Nigeria dilaporkan telah meninggal dunia selepas DIROGOL oleh lima daripada enam isterinya. Menurut Daily Mail, Uroko Onoja sebelum itu leka berpesta di sebuah bar di Ugbugbu, Nigeria sehingga awal pagi.

Namun apabila pulang ke rumah, dia memutuskan untuk mengadakan hubungan seks dengan isterinya yang paling muda. Disebabkan perasaan cemburu, lima isterinya yang lain telah meluru masuk ke dalam bilik tidur Onoja dengan bersenjatakan pisau dan kayu. Kelima-lima isterinya itu, kemudiannya telah memaksa Onoja untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka.


Disebabkan takut dicederakan, ahli perniagaan itu terpaksa menunaikan kehendak isteri-isterinya itu secara berturut-turut. Tetapi apabila tiba giliran isterinya yang ke-5, Onoja dilaporkan tidak sedarkan diri dan akhirnya meninggal dunia. Takut melihat keadaan tersebut, kelima-lima isterinya itu telah melarikan diri ke dalam hutan yang berhampiran.

Setelah menerima laporan dan melakukan siasatan, pihak polis akhirnya berjaya menangkap 2 daripada isterinya itu dan akan mendakwa mereka di bawah akta jenayah bunuh dan rogol. Onoja adalah merupakan seorang ahli perniagaan yang terkemuka di kalangan masyarakat Ugbugbu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /