12 September 2013

Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Oleh YAB PM




SEMUA DIJEMPUT HADIR JEMPUTAN KE JEMPUTAN KE MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA

Dimaklumkan, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pada 14 September 2013 (Sabtu), di DATC UITM Shah Alam.

Ia antara lainnya bertujuan untuk memaklumkan kepada masyarakat Bumiputera mengenai visi dan misi Kerajaan dalam memantapkan agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Selain itu kerajaan juga akan mengumumkan dasar, inisiatif serta program baru ke arah memperkasakan agenda pembangunan sosioekonomi Bumiputera. Majlis ini akan melibatkan pelbagai agensi pelaksana dan dianggarkan kehadiran seramai 5,000 jemputan Bumiputera daripada pelbagai sektor dan peringkat dari seluruh negara.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /