Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina
Othman Said (gambar) mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut
jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bagi mengelakkan perpecahan dalam parti.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagaian
Pengerang berkata, walaupun berat untuk menarik diri, namun demi perpaduan dan
keutuhan parti keramat Melayu itu, beliau sanggup membuat keputusan tersebut.
"Saya tak mahu bibit-bibit perpecahan
berlaku khususnya dalam Wanita UMNO yang merupakan tunjung kepada UMNO.
Berikutan itu, saya buat keputusan untuk tidak bertanding jawatan Ketua Wanita,
tetapi akan mempertahankan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) pada
pemilihan parti bulan depan.
"Saya yakin walaupun tidak bertanding
jawatan Ketua Wanita, masih ada ruang dan peluang untuk membantu memantapkan
parti menerusi jawatan MT," katanya.
Dengan penarikan diri bekas Ketua Puteri UMNO
itu, kini jawatan Ketua Wanita UMNO dijangka dikekalkan oleh penyandangnya,
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tanpa pertandingan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan