14 September 2013

Initipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera




Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Universiti Teknologi MARA hari ini.


MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA

-        Memperbanyakkan program latihan peningkatan kemahiran
-        Mempergiatkan program latihan semula (reskilling)
-        Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil
-        Memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan
-        Memperluaskan Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)


MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT

-        Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS)


MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA

-        Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia
-        Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Bhd (AHB), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Usahawasan Nasional Bhd (PUNB) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri.
-        Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dengan kerajaan negeri
-        Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah
-        Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam pembangunan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah bumiputera


MEMPERHEBATKAN KEUSAHAWAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA

-        Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB
-        Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta
-        Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta
-        Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor (VDP)
-        Memastikan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan tempoh bayar balik pinjaman bank
-        Melonjakkan program VDP di bawah Petronas, Tenaga Nasional Bhd (TNB), Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM)
-        Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan bumiputera sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
-        Program VDP Petronas RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk bumiputera
-        GLC dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) menerajui usaha mewujudkan konsortium syarikat bumiputera dalam sektor rangkaian pembekalan
-        Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan kerajaan secara terpilih
-        Memperluaskan dasar 'carve-out’ untuk projek-projek besar di bawah kementerian, GLC dan GLIC. (Dasar ’carve-out’ berjaya dilakukan dalam projek MRT dimana sebanyak 47 peratus atau RM9 bilion dianugerahkan kepada syarikat bumiputera terpilih secara meritokrasi)
-        Membina satu komuniti baru entrepreneur bumiputera
-        Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB)


MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

-        Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, komprehensif dan konstruktif - Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian
-        Meningkatkan enrolmen pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada 250,000 menjelang 2020
-        Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM
-        Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion
-        Membestarikan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
-        Meletakkan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan SUPERB di bawah TERAJU
-        Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /