Mengapa ahli dan perwakilan India dalam DAP memberontak??? |
Naib Pengerusi DAP
cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass mendakwa telah memfailkan
permohonan injunksi bagi menghalang pemilihan khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat
(CEC) parti itu yang akan diadakan pada 29 September ini.
Dass dalam sidang
akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini
memberitahu, beliau telah memfailkan permohonan injunksi terbabit selepas
menerima notis berhubung pemilihan khas tersebut.
Permohonan injunksi
itu dikemukakan atas alasan pemilihan khas tersebut adalah bertentangan dengan
perlembagaan parti berkenaan. Bagaimanapun sehingga petang ini, pihak media
tidak diberikan salinan dokumen permohonan terbabit.
Dass yang hadir
dengan dua lagi individu dipercayai penyokongnya turut menuntut agar pada
tarikh tersebut satu mesyuarat kongres diadakan dan bukannya pemilihan CEC. Menurut
laporan akhbar sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh membayangkan bahawa
pemilihan semua jawatankuasa itu akan diadakan awal November ini.
Karpal dalam
kenyataannya menyatakan mereka yang akan mengundi pada pemilihan semula itu
terdiri daripada perwakilan mengikut senarai 2008 kerana delegasi 2012 pada
Disember lalu dikatakan tidak sah.
Pada 14 Ogos lalu,
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mengumumkan DAP akan mengadakan semula CEC
seperti yang diarahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) setelah siasatan
mendapati pemegang-pemegang jawatan dalam pemilihan Disember lalu tidak sah.
Isu kepincangan
keputusan pemilihan CEC bermula pada 4 Januari lalu apabila Setiausaha
Agungnya, Lim Guan Eng secara tiba-tiba mendedahkan terdapat 'kesilapan teknikal' sewaktu
penjumlahan undi iaitu 19 hari selepas keputusan diumumkan.
Selepas kesilapan
diperbetulkan, keputusan berubah apabila Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil
Khir Johari yang tewas pada mulanya setelah menduduki tempat ke-39 dengan
menerima 305 undi, melonjak ke tempat ke-20 dengan undian sebanyak 806, sekali
gus menjadi calon Melayu tunggal yang terpilih dalam senarai CEC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan