Penganut Syiah tidak
dibenarkan menjadi ahli Pas kerana ajaran itu bercanggah dengan perlembagaan
parti yang hanya mengiktiraf akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Naib Ketua Dewan
Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, kepemimpinan ulama Pas bersikap
tegas menolak pengaruh Syiah di dalam parti.
Menurut beliau, pengaruh
Iran memang wujud di dalam Pas, namun fenomena itu tiada kaitan dengan ajaran
Syiah. Pengaruh itu timbul ekoran kekaguman terhadap kejayaan Revolusi Iran
menumbangkan sistem monarki di bawah pimpinan Ayatollah Khomeini," katanya
Mahfodz mengulas
kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad dalam Seminar Mendepani
Virus Syiah di sini semalam, yang mendakwa Pas menjadi penyebar utama ajaran
Syiah di negara ini sejak 1970-an selepas kejayaan Revolusi Iran.
Tambah Nakhaie,
terdapat ahli-ahli Pas menghantar anak-anak mereka menuntut di Qom, Iran
sekitar awal 1980-an dan mereka seterusnya membawa pulang ajaran Syiah ke tanah
air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan