Kebebasan berfikir
dapat membela dan mempertahankan pengikut Syiah untuk mengamalkannya di Malaysia.
Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar berkata, dasar
liberalisme amat penting untuk Malaysia kerana dapat menjamin kebebasan orang
ramai.
"Saya menegaskan
liberalisme ini sangat penting untuk
negara dan perlu diperkukuhkan kerana menjamin kebebasan untuk wartawan dan
akan mempertahankan orang Syiah dan ahli sunnah wal jamaah.
"Kita mesti pertahankan hak orang Syiah"
untuk mengamalkan di Malaysia," katanya pada Forum : Siapa Rampas Reformasi? di Dewan Perhimpunan Cina di sini
malam tadi.
Jelas Khalid , untuk
meluluskan undang-undang perdebatan mestilah dijalankan sepertimana yang
dilakukan oleh orang-orang Eropah pada 200 tahun yang lalu. Katanya, masyarakat
di beberapa buah Negara barat seperti Benua Eropah dan Amerika Syarikat tidak
disekat untuk mengikut mazhab atau fahaman masing-masing.
"Kita mesti
memulakan perdebatan ini, kena faham undang-undang tidak akan diluluskan,
undang-undang ini secara sosiologi prosesnya merubah (public of opinion) baru
dapat merubah, tak berubah public of opinion tak berubah undang-undang.
"Jika individu
seperti Ayah Pin mahu memperkenalkan mazhab di Amerika Syarikat sekalipun,
ianya tidak menjadi masalah kerana ianya berlandaskan perlaksanaan dasar
kebebasan berfikir," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan