Menyorot
kembali perjalanan seni pelakon ini mungkin ada yang tidak percaya dengan apa
yang telah terjadi. Saat satu persatu kisah hitam melatari perjalanan seninya.
Sharnaaz Ahmad tahu tidak mudah untuknya memuaskan hati semua pihak.
“Saya
hanya menjadi diri sendiri. Saya tak pernah minta apa-apa kontroversi berlaku
selama ini dan semuanya terjadi tanpa dirancang. Bila saya ikut kata hati,
inilah yang saya dapat.
“Orang
kata saya macam-macam tapi mereka tak tahu apa yang berlaku. Mungkin sebab saya
jujur menjadi diri sendiri akhirnya membuatkan orang kata saya panas baran. Tapi
sebagai manusia saya belajar banyak perkara. Paling tidak saya sedar apa yang
sudah terjadi dan pastinya semua itu menjadi pengajaran paling berguna buat
saya," kata Sharnaaz ketika ditemui baru-baru ini.
Bagi
Sharnaaz dia tidak kisah dengan apa juga tanggapan peminat yang sering
melabelkan dirinya dengan pelbagai gelaran memandangkan dia tiada masa untuk
melayan perkara berkenaan. Paling tidak, kebanyakan masa dihabiskan di lokasi
penggambaran yang tak putus-putus memberikan rezeki kepadanya sejak awal
pembabitan lagi.
“Selepas
insiden (putus cinta) ramai yang anggap saya tak akan ke mana-mana. Tetapi saya
bersyukur kerana rezeki tak putus-putus sejak insiden berkenaan dan semakin
mencurah-curah. Lagi membuatkan saya lega apabila kontroversi filem Darah Panas pun dah selesai.
Kalau nak ikut memang banyak sangat orang tahu kisah pertelingkahansaya dengan
pihak tersebut.
“Apa
yang boleh saya katakan semuanya dah berakhir dan saya telah pun menyelesaikan
masalah tersebut dengan mereka. Saya sedar saya pun banyak buat silap dan saya
belajar daripada kesilapan itu. Buat masa ini saya sedang menghabiskan saki
baki kerja termasuk proses dubbing sebelum filem Darah Panas ditayangkan,"
jelas Sharnaaz.
Enggan
terus dibebani dengan masalah lampau, pelakon berusia 28 tahun ini mengakui
yang dia sudah boleh mengawal keadaan. Setiap kali ditimpa masalah Sharnaaz
akan berusaha untuk tidak memberikan sebarang komen yang akan memanjangkan
situasi berkenaan.
“Ada
masalah atau tidak saya kena hadapi juga. Setiap hari saya cuba menggembirakan
diri dan keluarga dengan aktiviti yang berfaedah sahaja daripada melayan cerita
yang tak berfaedah," kata pelakon utama drama bersiri Mira Sofea ini lagi.
Ketika
ini Sharnaaz sedang sibuk dengan pembikinan filem Gangster Superstar dan
menantikan tayangan filem Sindiket dan Gila Baby tidak lama lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan