18 Oktober 2013

Jagung Berwarna-Warni Dapat Sambutan




Jika sebelum ini kita hanya tahu jagung biasanya berwarna kuning namun jangan terkejut jika anda melihat jagung yang berwarna-warni.

Sekali imbas jagung ini pasti kelihatan seperti mainan atau palsu namun hakikatnya jagung ini sebenarnya adalah asli dan ia yang dipanggil "Gem Class" dan berasal daripada Oklahoma Amerika Syarikat.





Jagung berwarna warni ini telah dihasilkan oleh seorang petani yang dikenali sebagai Carl Barnes yang telah membuat kajian selepas penyelidikan selama beberapa tahun.

Jagung unik ini dikatakan terjadi terjadi selepas Carl menyedari yang setiap jagung itu mempunyai biji yang berlainan warna dan kemudian bertindak mencantumkan benihnya sehingga menghasilkan tongkol jagung yang mempunyai pelbagai warna yang menarik.

Benih jagung tersebut telah pun dijual di laman web dan dilaporkan kerap kehabisan stok bahkan setiap paket mendapat sambutan yang memberangsangkan dan boleh dibeli dengan harga RM25.47 sahaja

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /