Walaupun secara rasminya, tempoh berkempen masih belum bermula, namun
Pas sebagai calon tunggal dilihat begitu agresif dan terdesak untuk
mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau.
Sebagai contoh, semalam bertempat di PDM Ulu Sedaka mereka telah mula
mengadakan ceramah bagi menarik sokongan pengundi untuk terus menyokong parti
itu. Dengan menggunakan slogan ‘Anak
Muda Sokong Ustaz Mohd Azam Abd Samat’ mereka menganjurkan jamuan makan
BBQ.
Namun sayangnya program yang diadakan itu GAGAL menarik kehadiran yang
mengalakkan. Dianggarkan hanya 45 orang sahaja yang hadir pada program tersebut
walaupun pihak penganjur menggunakan khidmat ‘Leman Badut Lawak Pas’ bagi menarik kehadiran penduduk.
Leman, Si Badut Lawak Pas pada program tersebut telah bertindak sebagai pengacara majlis dan BADUT bagi menceriakan suasana.
Walaupun kalah dan tersingkir awal dalam program Maharaja Lawak tidak beberapa
lama dahulu, namun ternyata Leman masih memasang azam untuk meneruskan karier
sebagai BADUT. Cuma bezanya, dulu
dia berlawak di dalam televisyen namun kini dia menjadi BADUT di pentas ceramah.
Paling menarik calon Pas ketika menyampaikan ucapan alu-aluan cuba mengeksploitasi
agama Islam sebagai modal kempen. Dia mengatakan kononnya mereka yang berjuang
bersama Pas akan dikira sebagai ibadat
oleh Allah swt.
Yang peliknya, ketika kerajaan BN dan majoriti umat Islam di negara ini cuba
menghalang permohonan gereja bagi menggunakan kalimah Allah di dalam Bible, Pas
dilihat mengambil pendirian menyokong permohonan tersebut. Ia dilakukan kerana
akur dengan ‘ARAHAN’ DAP dan sekali
gus untuk memancing golongan bukan Islam untuk terus bersama parti yang
mendakwa memperjuangkan Islam itu.
Menarik bukan, di hadapan orang Kristian, Pas mendakwa parti itu
menyokong tuntutan gereja, manakala di hadapan orang-orang kampung mereka menggunakan
Islam untuk meraih sokongan. Sungguh hebat permainan mereka.
Berbalik kepada isu kehadiran yang mengecewakan itu, Pas nyata terkejut
dengan pendekatan tersebut. Ini kerana PDM Ulu Sedaka adalah merupakan kubu
kuat parti itu. Malah mengikut rekod PRU-13, BN tewas kepada calon Pas dengan
majoriti 245 undi.
Tapi persoalannya, mengapa program tersebut GAGAL mendapat sambutan? Nampak
sangat calon yang diketengahkan tidak dikenali oleh penduduk tempatan, walaupun
Pas mendakwa calon mereka dikenali ramai.
Kesimpulannya BN masih mempunyai peluang untuk merampas kerusi DUN
Sungai Limau. Ini kerana pada PRU-13 faktor Ustaz Azizan begitu kuat
mempengaruhi pengundi di kawasan tersebut. Namun calon pada kali ini bukan dari
kumpulan ulama, tambahan pula semasa hayatnya kelompok Endorgan dan Liberal Pas
telah menjadikan Ustaz Azizan antara musuh yang WAJID ditumbangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan