Kes Liwat II Anwar
Ibrahim yang kini berada di Mahkamah Rayuan terus berjalan tanpa penghujung
menghabiskan wang rakyat. Percubaan demi percubaan terus dilakukan oleh para
peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh untuk menangguh atau
menggugurkan kes tersebut. Namun sehingga ke hari ini masih lagi belum
berjaya.
Antara hujah Karpal
Singh ialah bahawa Seksyen 376(3) dan Seksyen 379 Kanun Prosedur Jenayah adalah
undang-undang lapuk maka, beliau menuntut agar Datuk Seri Muhammad Shafee
Abdullah digugurkan dari mengetuai pendakwaan, sekali gus menggugurkan kes.
Nampaknya, demi
politik dan wang, Karpal Singh sanggup membawa hujah-hujah bodoh tanpa segan
silu.
Sedangkan, kita
percaya, Karpal sebagai Ahli Parlimen dan juga peguam, sedia maklum bahawa
Undang-undang tidak akan termansuh sendiri tanpa diputuskan oleh parlimen.
Sesuatu undang-undang akan terus berkuatkuasa dan tidak ada istilah ‘lapuk’
baginya.
Justeru, Hakim Datuk
Rohana Yusuf menolak hujah Karpal dan mengekalkan Muhammad Shafee sebagai
pendakwaraya.
Apa yang menarik di
sini bukanlah hakikat bahawa Karpal sanggup berpura-pura bodoh tetapi hakikat
bahawa beliau merujuk kepada Undang-undang mengharamkan liwat sebagai lapuk.
Tentu semua orang
masih ingat bagaimana Anwar turut membawa hujah yang sama dalam temubual dengan
Wall Street Journal di mana beliau menganggap bahawa undang-undang yang
berdasarkan Al-Quran itu sebagai lapuk dan tidak boleh digunakan lagi.
Menurut Anwar,
seseorang itu mempunyai hak untuk mengamalkan seks mengikut nafsunya selagi ia
dilakukan secara tertutup.
Maka tidak hairanlah
apabila Anwar dan juga peguamnya tidak berusaha untuk menafikan yang liwat
berlaku tetapi memilih untuk membela diri dengan menggunakan hujah bahawa liwat
‘sepatutnya’ tidak salah jika dilakukan secara tertutup. Ini kerana, yang bersalah di sini ialah
undang-undang Malaysia dan bukannya Anwar Ibrahim.
Dari sudut lain pula,
hujah Karpal dengan sendirinya membawa maksud bahawa Anwar telah benar-benar
meliwat Saiful.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan