23 Oktober 2013

Terpaksa Makan Daging Anjing Dan Kucing




Penduduk Syria di sebuah kawasan dikepung. Jalan masuk dan keluar disekat. Segala bantuan tidak dibenarkan masuk. Ini tindakan tentera rejim Basyar Assad untuk menyeksa penduduk Syria.

Situasi ini berlarutan menyebabkan penduduk terpaksa makan apa yang ada termasuk kucing dan anjing. Ulama telah mengeluarkan fatwa boleh memakan binatang tersebut kerana situasi darurat.


Saudara seaqidah yang kami sayangi dan rindukan di Syria, Qaboun, Daraya, Hama, Insha'at, maafilah Ummat Islam kerana kami tidak mampu membantu dan menambah baik keadaan di sana.

Pada hari Jumaat (11-10-13), Imam Masjid di Qabon, Syria telah memberi kebenaran kepada muslim di sana memakan kucing dan anjing demi meneruskan hidup kerana kesemua makanan halal telah habis, malah rumput-rumput yang tumbuh di jalanan turut habis.

Selama hampir 300 hari pengepungan oleh Syiah laknatullah keatas kawasan Sunni, mereka langsung tidak membenarkan sebarang makanan dan haiwan melepasi kawasan yang dikepung. Syiah menggelar kempen pengepungan itu sebagai "Kelaparan sehingga Sunni sujud kepada Syiah" dan Sunni pula menganggap kempen itu sebagai "Kelaparan sehingga ke Jannah".


Foto ini diambil dari kota Homs yang dikepung rejim Syiah Assad. Saudara-saudara kita di sana sudah tak dapat lagi mempunyai makanan sehingga mereka terpaksa memakan daging kucing dan anjing yang telah terbunuh akibat serangan-serangan bom di kawasan ini.

Ya Allah, bantulah saudara seaqidah kami di Syria, sesungguhnya kami berusaha, berusaha, dan berusaha mengurangi derita mereka tetapi ternyata usaha begitu minima.

Kami di sini memperoleh makanan yang baik dan halal, tetapi mereka di sana menderita dengan pelbagai bentuk derita dan hanya kucing dan anjing sahaja dapat mengurangkan derita lapar mereka. Sesungguhnya, hanya kepada Kau kami memohon dan mengharapkan pertolongan. Bantulah mereka Ya Allah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /