Kenyataan anak emas kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bersedia untuk menjadi pengerusi yang baru untuk parti itu di Johor bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong semalam mengatakan bersedia menjadi pengerusi DAP Johor yang baru andai memenangi pemilihan jawatankuasa DAP negeri pada 12 Januari ini.
Kenyataan Chin Tong itu memang telah dijangka oleh ramai pihak khususnya dari kumpulan penyokong Kit Siang. Malah bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik Johor, ‘perang dalaman’ yang sedang melanda parti itu memang telah lama dihidu oleh pemerhati politik dan pihak media.
Seperti yang pernah didedahkan oleh pihak media sebelum ini, DAP Johor sedang berdepan dengan perebutan kuasa yang hebat antara kumpulan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dengan kumpulan Dinasti Lim. Kumpulan Cheng Hau sedang berdepan dengan delima antara meneruskan penguasaan terhadap masyarakat Cina di Johor atau berdepan dengan tentangan dan kemaraan kumpulan ‘Dinasti Lim’.
Bekas pimpinan DAPSY, Shen Yee Aun sebelum ini mendedahkan walaupun dari segi luaran DAP nampak tenang namun pada hakikatnya ia penuh dengan pergolakan dan krisis dalaman. Parti ultra kiasu itu, dikatakan mempunyai dua kem yang saling cuba ‘bunuh-membunuh’ antara satu sama lain.
Satu kem dikatakan pro kepada Kit Siang dan satu lagi dikatakan cuba menentang penguasaannya yang cuba mengekalkan kuasa dan pengaruh ‘Dinasti Lim’ di dalam parti tersebut. Malah dengan faktor umur yang semakin meningkat, Kit Siang sudah tentu khuatir sekiranya dia tidak sempat menyediakan tapak yang kuat bagi mengekalkan kuasa politik anaknya bagi meneruskan penguasaan legasi Lim.
Ini kerana ramai pemimpin DAP sebenarnya dikatakan menolak kepimpinan Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung yang dikatakan tidak mesra, bersikap kuku besi dan biadap khususnya terhadap para pemimpin senior di dalam DAP. Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan telah bersikap kurang ajar dengan mencantas pemimpin lama DAP dengan meletakkan ‘orang-orang baru’ di kawasan mereka yang tidak sebulu dengannya.
Contohnya penyokong dan ahli DAP sebelum ini dikejutkan dengan gesaan yang dibuat oleh Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng dan bekas Adun Bentayan, Gwee Tong Hiang yang mendesak agar pimpinan DAP negeri yang diterajui oleh Cheng Hau ditukarkan kepada pemimpin yang lain.
Mereka juga turut menamakan ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching diangkat sebagai pemimpin yang baru. Ini kerana selain masih muda, mereka juga mendakwa Chin Tong dan Nie Ching mampu dan lebih layak memimpin berbanding Cheng Hau.
Walaupun secara dasarnya kenyataan tersebut adalah merupakan perkara biasa dalam proses demokrasi, namun ramai yang merasakan ia dilakukan ekoran dari arahan pemimpin ‘atasan’ yang mahu menyingkirkan Cheng Hau ekoran tindakannya sebelum ini yang dilihat jelas menentang Kit Siang.
Rupa-rupanya di sebalik slogan demokrasi yang dilaungkan, wujud satu usaha untuk mewujudkan satu corak pemerintahan ala ‘Dinasti Cina’ di dalam DAP. Namun persoalannya mampukah Kit Siang menyingkirkan Cheng Hau, sekali gus mengukuhkan penguasaannya di Johor atau sebaliknya? Bersamalah kita saksikan episod drama perang yang akan berlangsung ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan