Lawak!!! Ingat hanya
seorang dua yang perasan, rupanya ramai yang ketawa terbahak-bahak dengan
kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali semalam yang menyifatkan ‘Bapa Sandiwara Negara’ Anwar Ibrahim sebagai ‘Pemimpin Bertaraf Dunia’.
Menurut Azmin, Ketua
Pembangkang itu di perlukan oleh banyak negara di dunia terutamanya di Timur
Tengah.
“Saya sudah kenal lama Anwar.
Sudah lebih 30 tahun, dia seorang pemimpin bertaraf dunia dan akan menjadi
wakil rakyat penduduk di Kajang. Dia (Anwar) bukan diperlukan di Malaysia
sahaja, tetapi dia pemimpin dunia.. negara Islam di Timur Tengah pun memerlukan
Anwar.
“Jadi orang Kajang harus
bersyukur kerana pemimpin dunia turun sini berjuang,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada sesi Taklimat Jentera Pilihan Raya PRK
N25 Kajang di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekamat semalam.
Ada yang mengatakan, kenyataan
Azmin itu agak keterlaluan kerana cuba membodek Anwar dengan meletakkannya di
tempat yang tidak sepatutnya. Namun ramai juga yang beranggapan kenyataan
tersebut lebih bersifat untuk menyindir atau dalam bahasa mudah ‘pukul dalam senyap’.
Ini kerana Azmin
yakin dan sedar, kenyataannya itu akan menyebabkan semakin ramai yang akan
mentertawakan Anwar sekali gus menyebabkan imej dan maruah Ketua Umum PKR itu semakin
tercalar.
Masakan tidak,
pertengahan bulan yang lalu masyarakat di negara ini tiba-tiba gempar dengan
laporan berita mengenai Anwar yang dihalau pulang kerana pihak imigresen Jepun
tidak membenarkannya masuk ke negara itu.
Demi untuk
mengelakkan maruahnya dari tercalar, Anwar cuba menyalahkan kerajaan Malaysia yang
dikatakan menjadi dalang kerana berpakat dengan kerajaan Jepun untuk
memalukannya.
Namun semua tuduhan yang
tidak berasas itu, kembali menimpa dirinya, apabila jurucakap kedutaan Jepun di
negara ini menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar sendiri, yang gagal untuk
memohon dan mengemukakan visa perjalanan.
Rentetan daripada
itu, masyarakat Malaysia mula mentertawakan Anwar yang jelas telah memperbodohkan
dirinya sendiri. Di laman media-media sosial pula, penuh dengan watak-watak
animasi Jepun seperti Doraemon, Ultraman, Kesatria Baja Hitam dan banyak lagi
yang dijadikan bahan lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan itu.
Kesimpulannya, tindakan
Azmin mengatakan Anwar adalah pemimpin dunia bukanlah untuk memuji jauh sekali
untuk membodek, tapi merupakan serangan hendap bagi mengajarnya.
Ini kerana, tindakan
Anwar untuk bertanding di Dun Kajang hanya bertujuan untuk membunuh peluang
Azmin yang telah lama mengidamkan jawatan tersebut. Malah kehadiran Anwar di Selangor
juga bakal menyebabkan Azmin hilang pengaruh sekali gus mengelakkannya menggunakan
pimpinan PKR negeri untuk mengugut Anwar seperti yang pernah dilakukan sebelum
ini.
Ertinya Azmin sedar,
Anwar cuba membunuh 2 ekor burung, dengan menggunakan satu batu. Selain
membunuh Khalid yang dilihat tidak cekap, Anwar sudah pasti akan mampu
menghalang atau paling tidak mengurangkan pengaruh politik Azmin yang suatu
ketika dahulu pernah dilihat sebagai ‘anak emas’ atau bakal pengganti kepada
Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan