26 Jun 2012

PRU Di Sarawak Perlu Perbelanjaan Besar

KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU Ke-13) di Sarawak berjalan dengan lancar.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, antara belanja paling besar untuk memastikan kelancaran PRU di negeri ini adalah belanja untuk sewaan.

“Belanja sewaan terbabit termasuk 777 buah perahu, 53 bot laju, 4,600 kereta termasuk kenderaan pacuan empat roda, 27 buah helikopter dan dua buah kapal terbang kecil.



“Sehubungan itu, SPR telah memperuntukkan sejumlah RM78 juta bagi PRU Ke-13 di Sarawak,” katanya pada majlis taklimat Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya di sini hari ini.

Wan Ahmad berkata, selain soal belanja, peruntukan yang tertinggi berbanding dengan negeri lain itu juga diperuntukkan kerana mengambil kira saiz kawasan yang perlu diliputi di negeri ini.

Mengulas lanjut, katanya, helikopter diperlukan untuk mencapai 15 daripada berpuluh kawasan parlimen di Sarawak. – mynewshub.my

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /