03 Jun 2012

Tentang ‘Himpunan Hijau’ Yang Kita Perlu Tahu

PENULIS rasa ada beberapa perkara tentang acara Himpunan Hijau ke Putrajaya yang dianjurkan Stadium Darul Aman di Alor Setar semalam yang kita perlu tahu.  Bukan tentang kegagalannya (itu sudah pasti), tapi dari segi sejarahnya.

Sebenarnya ramai orang pelik kenapa acara besar seumpama ini diberikan nama Melayu, malah hampir nak sama dengan nama gerakan untuk menghalang kilang Lynas dari didirikan di Gebeng, Kuantan – Himpunan Hijau juga.  Adalah biasa bagi PAS ‘mengarabkan’ nama hampir semua acara yang dia terlibat, kecuali Bersih, sebab itu ada DAP (sekular) dan PKR (liberal) sebagai antara penganjur utamanya.

Rosaklah program kalau nama Arab digunakan.

Ketika mula dilancarkan pada 13 Mei 2012, nama yang ditetapkan Presiden PAS, Hadi Awang untuk himpunan tersebut ialah Ijtima’ Dan Munajat Perdana atau nama Melayunya secara rasmi ialah Himpunan Raksasa 100 Ribu PAS – bertujuan menandingi perhimpunan raksasa UMNO di Stadium Nasional Bukit Jalil yang diadakan pada 7 Mei 2012.

Ini pun menarik juga, sepatutnya Jun ini PAS ada muktamar tapi sanggup menangguhkannya ke bulan November kerana begitu terdesak untuk menyaingi UMNO yang berjaya mengumpulakan ratusan ribu orang di Bukit Jalil.  Hal-hal rasmi parti yang biasa dibincang di muktamar nampanya tidak berapa penting dibanding dengan menyaingi UMNO.

Itu pada 13 Mei.

Selepas dari itu penulis dimaklumkan ada beberapa lagi perubahan pada nama Himpunan tersebut, antaranya dengan meninggalkan perkataan 100 ribu (kerana tidak yakin mampu mengumpulkan seramai itu), sehinggalah nama terakhir ini dipilih – Himpunan Hijau ke Putrajaya, nama PAS pun digugurkan juga.

Kenapa nama itu dipilih?  Penulis dimaklumkan bagi menyamakan dengan padang rumput yang berwarna hijau.  Ini adalah kerana mengikut nasihat pakar fotografi Harakah yang berpendapat baju Hijau, nama himpunan Hijau dan padang hijau, memudahkan sudut fotografi menarik diambil untuk menunjukkan kehadiran orang yang ramai (walaupun hakikatnya tidak berapa nak ramai).

Nak photoshop pun senang kalau dah terdesak sangat.

Sekarang fahamlah kita, kenapa Pakatan haram ini begitu bersungguh menolak mengadakan himpunan Bersih di Stadium Merdeka walaupun telah ditawarkan kerajaan.  Selain warna rumput yang tidak match dengan tema kuning, nak membongak tentang jumlah kehadiran orang ramai pun sukar juga.

Nak bongak macam mana kalau dah kapasiti stadium banyak itu, banyak itu sajala.  Tak tahulah apa mimpi PAS melanggar arahan tersebut dan meneruskan acara itu di stadium.  Penyudahnya mereka jugak yang malu sendiri bila kehadiran tidak seberapa.


1 ulasan:

Unknown berkata...

kalau xpergi xpayah laa nak kondem......xramai ker?rabun kot?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /