10 September 2013

Pemilihna Wanita Umno, Azalina Bakal Umum Tarik Diri




Ahli Parlimen Pengerang yang juga bekas Ketua Puteri Umno, Azalina Othman Said khabarnya akan menarik diri daripada bertanding jawatan ketua wanita Umno Malaysia. Azalina, yang sebelum ini menyatakan hasratnya secara terbuka untuk menentang penyandang jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebaliknya mungkin akan hanya bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi.

Sehubungan dengan itu, Azalina dijangka membuat satu kenyataan penting berhubung keputusan muktamadnya pada 20 September ini.


Tarikh pendaftaran untuk bertanding jawatan dalam Pemuda, Wanita dan Puteri dijadualkan berlangsung pada 21 September.

Sejak mengumumkan hasratnya untuk bertanding, Azalina dijangkakan bakal berhadapan dengan cabaran besar untuk menang apabila majoriti kepimpinan sayap parti itu tampil untuk menyatakan sokongan terbuka terhadap Shahrizat.

Dia juga turut menjadi mangsa kritikan dan sasaran sesetengah pihak khususnya di kalangan wanita sendiri yang menganggapnya tidak sesuai bertanding jawatan ketua wanita kerana belum pernah berumah tangga.

Misalnya pada Majlis Rumah Terbuka Wanita Umno Kedah baru-baru ini, Ketua Wanita Umno Negeri, Datuk Maznah Hamid dalam ucapannya menegaskan wanita sentiasa boleh merujuk kepada Shahrizat jika mereka berhadapan dengan masalah keluarga kerana beliau sudah berumahtangga dan juga seorang ibu.

“Wanita (Umno) itu adalah seorang ibu, isteri dan anak perempuan. Sesiapa sahaja yang hendak mengetuai pergerakan ini mestilah terlebih dahulu memiliki semua itu,” katanya.


Artikel berkaitan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /