14 September 2013

Dibayar Sejuta Yen Untuk Main Game





Orang sering berkata, rahsia kejayaan sesuatu karier itu ialah melakukan apa yang anda suka. Jika perkara yang anda suka ialah bermain permainan komputer pastinya sukar untuk membahagikan kegemaran anda itu dengan kerja.

Kesukaran itu tidak menjadi masalah bagi seorang lelaki bernama Moru-Chan seorang penggemar permainan komputer yang meraih pendapatan USD10,000 kira-kira RM32,000 selepas bermain satu permainan komputer selama tiga bulan. Jika kegeraman anda menghabiskan masa lapang bermain permainan online seperti World of Warcraft of Guild Wars, pasti anda mahukan pekerjaan seperti Moru-Chan.



Biasanya, terdapat ramai lagi penggemar permainan komputer yang bermain dengan percuma tanpa meraih apa-apa pendapatan tetapi lelaki Jepun itu antara yang bertuah terpilih untuk menyara hidupnya dengan membunuh raksasa dalam alam fantasi permainan online.

Moru-Chan dipilih oleh sekumpulan pasukan pembangunan permainan Arch Age untuk menerima cek berjumlah 1 juta yen dengan menghabiskan tiga bulan tinggal di dalam sebuah apartment satu bilik disediakan oleh syarikat berkenaan. Beliau dikehendaki bermain permainan video berkenaan secara langsung dalam talian di sebuah laman video dikenali Niconico.

Beliau menghabiskan masa sepanjang malam di hadapan komputer bermain permainan berkenaan dan hari-harinya dihabiskan dengan tidur di atas sebuah tilam di atas lantai, memasak di dalam sebuah dapur kecil dan juga membasuh baju yang dipakai setiap hari.


Dengan peluang untuk berada di luar dan menyedut udara segar, ramai pastinya menyifatkan ia sebagai satu mimpi ngeri tetapi bagi penggemar permainan komputer seperti Moru-Chan ia umpama mimpi menjadi kenyataan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /