13 September 2013

Raja Azmi 'MENGAMUK' Ambil Tindakan Saman



Gambar yang menjadi kontroversi, sehingga Raja Azmi Dilabel 'Makcik Tua, Bodoh'

Pengarah dan penerbit filem, Raja Azmi Sulaiman, 54, akan mengambil tindakan mahkamah ke atas portal “rotikaya.com” yang menyebarkan gambar beliau bersama seorang cucunya di Facebook hingga menimbulkan fitnah. Gambar berkenaan yang dimuat naik itu memaparkan Raja Azmi mendukung bayi, dengan mulut bayi itu terselit gula-gula berbentuk rokok.

“Itu cuma gula-gula. Takkan saya bodoh nak bagi cucu saya yang berusia lapan bulan untuk hisap rokok,” katanya.


Ekoran penyebaran gambar oleh Rotikaya itu, Raja Azmi mendapat kecaman teruk peminat dan komen-komen negatif pengguna Facebook lain yang tidak mengetahui kisah sebenar. Ada antara mereka yang melemparkan kata-kata kesat termasuk dakwaan cuba merosakkan akhlak bayi berkenaan.

Raja Azmi sebelum ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi ekoran pergolakan hal ehwal rumah tangganya bersama bekas pakar bergu badminton negara, Jalani Sidek. Beliau kini merupakan tunangan bekas pemain bass CRK, Eddie dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Sebelum ini artikel tersebut menggambarkan Raja Azmi kononnya kembali menimbulkan kontroversi murahan apabila berkongsi sekeping gambar dirinya sedang mendukung bayi yang sedang menghisap sebatang rokok.

Antara komen paling pedas dilemparkan oleh peminat kepada Raja Azmi ialah perkataan “BODOH” dan “MAKCIK TUA” kerana mereka mendakwa bekas isteri Jailani Sidek itu sengaja mencari publisiti murahan dan cuba mengajar bayi berkenaan dengan perangai buruk yang boleh merosakkan akhlak.

Gambar berkenaan telah dimuatnaik oleh portal rotikaya menerusi fanpage facebook miliknya dan dengan cepatnya terus menerima kritikan dan reaksi negatif di kalangan pengguna facebook lain.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /