Bayangkan seorang
peniaga mengadakan promosi barangan di hadapan pelanggan tetapi memburukkan
barangannya sendiri. Tentulah peniaga tersebut gila atau pun paling bodoh di
dunia. Tetapi itulah yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau
Pinang dalam misi pelaburan ke Hong Kong baru-baru ini.
Di dalam misi tersebut,
Guan Eng telah memberi gambaran kepada pelabur bahawa Malaysia berada dalam
keadaan tidak selamat dan bahawa kononnya kerajaan menggunakan cara yang tidak
wajar semata-mata untuk menjimatkan kos sehingga mengabaikan soal keselamatan.
Tentu ramai yang
terkejut dengan berita ini dan kita yakin, para pelabur yang mendengarnya juga
pasti menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apakah jenis Ketua Menteri yang
menerajui Pulau Pinang.
Telah dikatakan
bahawa Guan Eng ini bukanlah seorang yang bijak. Guan Eng bernafas dalam dendam
kesumat dan keangkuhan yang parah yang membutakan mata hatinya dan menjadikan
beliau hamba kepada kebencian yang meluap-luap. Keadaan ini menjadikan beliau
tidak dapat berfikir dengan baik sehingga menjadi bodoh.
Akibatnya, Guan Eng
lupa bahawa beliau mewakili negerinya untuk menarik pelabur bukan membuat
mereka lari. Jika pelabur berjaya ditarik, beliau juga yang mendapat nama. Tetapi,
Guan Eng rela membiarkan Pulau Pinang tidak mendapat apa-apa pelaburan asalkan
Malaysia juga tidak mendapat apa-apa pelaburan.
Semuanya kerana beliau ingin melihat keruntuhan Malaysia agar dapat
menyalahkan Barisan Nasional.
Nampaknya, Guan Eng
bukan seorang Ketua Menteri yang bertanggungjawab. Kita tahu bahawa beliau
sudah kaya raya dan kehidupannya tidak akan terjejas sekiranya pelaburan asing
merosot, tetapi yang akan terjejas ialah rakyat keseluruhan dari segi peluang
pekerjaan dan penjanaan ekonomi negara untuk kegunaan sektor lain.
Dalam usahanya untuk
memburukkan Malaysia, Guan Eng juga membayangkan bahawa rasuah di Malaysia amat
kronik sehinggakan sejumlah RM51 billion boleh dijimatkan jika pengurusan
kerajaan benar-benar telus. Memetik jumlah dan menuduh sesuka hati tanpa
sebarang perincian memanglah mudah.
Tetapi realitinya,
62.0% (RM125.8 Juta) dari perbelanjaan operasi adalah untuk Emolumen, Bayaran
Khidmat Hutang, Pencen & Gratuiti dan Supplies & Services (Sewa,
pembaikan dan maintenance, Utiliti dsb)
Manakala, Belanja
Pembangunan Kerajaan bagi Tahun 2012 hanyalah sebanyak RM46.9 juta. Katakanlah
Kerajaan boleh menjimatkan 25% belanja pembangunan daripada pengurusan kontrak
dan rasuah, jumlah penjimatan adalah [RM46.9 juta*25%] RM12.4 juta. Jadi, di
manakah logiknya penjimatan sehingga RM51 bilion?
Namun, kita faham
yang Guan Eng memang mempunyai masalah dengan matematik. Kita sedia maklum yang
DAP mempunyai masalah untuk mengira jumlah undi yang tidak sampai 2,000 pun. Kerana
itu, DAP terpaksa mengadakan pemilihan CEC semula. Atas dasar ini, mungkin kita
patut bertolak ansur dengan Guan Eng.
Bagaimanapun, kita
tidak boleh bertolak ansur atas sikap tidak bertanggungjawab Guan Eng yang
telah menyebabkan pelaburan di Pulau Pinang merudum. Lebih pelik lagi, dalam
keadaan ini juga, Guan Eng masih mendabik dada konon beliau berjaya
mengurangkan hutang negeri dalam sekelip mata.
Hakikatnya,
pengurangan hutang yang dicatatkan oleh Pulau Pinang bukan kerana Guan Eng
cekap dan telus dalam mentadbir tetapi kerana penstrukturan semula sektor
bekalan air di mana liabiliti Kerajaan Negeri dalam sektor air telah diambil
alih oleh Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) sebanyak RM655.25 juta.
Pengambilalihan
inilah yang memberikan impak pengurangan 95% jumlah hutang tertunggak Kerajaan
Negeri Pulau Pinang bukannya kerana apa-apa dasar yang diperkenalkan Guan Eng. Nampaknya,
Guan Eng tentunya mempunyai kulit yang begitu tebal untuk mengakui bahawa rekod
pengurangan hutang Pulau Pinang sebagai hasil dari pentadbirannya.
Apapun, kita tidak
pasti berapa banyak pelaburan yang berpotensi di bawa masuk sekiranya beliau
tidak membuat kenyataan bodoh atau gila itu di hadapan pelabur. Kini, kerana Guan Eng, Malaysia dan Pulau
Pinang juga, mungkin berhadapan dengan kerugian kerana tidak dapat membawa
masuk pelabur asing.
Kerana Guan Eng juga,
DAP berada dalam kekalutan. Justeru, kita tidak tahu bagaimana ahli-ahli DAP
masih lagi sanggup menerima seorang penipu dan tidak bertanggungjawab ini
sebagai Ketua. Lebih-lebih lagi melantiknya sebagai Ketua Menteri.
Rasanya, sudah sampai
masanya DAP berubah. Oleh itu, sekadar mengingatkan ahli-ahli DAP, pemilihan
semula CEC ini adalah masa yang paling sesuai untuk melakukan perubahan. Ubahlah
diri sendiri dahulu sebelum terpekik-pekik ingin mengubah orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan