MISS
J dapat tahu ada kawan-kawan yang dah mula meninggalkan pelakon Natasha Hudson
sejak dia mengambil keputusan untuk bertudung. Kalau dahulu ada saja kawan yang
sanggup lepak di kedai kopi sampai awal pagi. Bab duit atau bantuan apa saja,
Natasha tak pernah berkira Pendek kata semua boleh sebab kawan punya pasal!
Tapi
itu semua cerita lama. Miss J dapat tahu yang Natasha semakin sedar bahawa
kawan waktu gembiradah tak ikhlas berkawan dengannya. Pada mulanya Natasha
bersangka baik apabila kawan sama-sama lepak dengannya itu buat tak hairan
dengannya. Maklumlah masing-masing sibuk dengan urusan kerja.
Tapi
apabila Natasha minta bantuan kepada salah seorang kawan gembiranya lain pula
ceritanya. Dengarnya si kawan gembiraNatasha itu boleh buat-buat tak kenal
dengan Natasha. Pada mulanya Natasha ingat mungkin kawan gembiraitu sibuk.
Tapi apabila Natasha meminta tolong, si kawan gembiranya itu terus tutup
telefon. Malas nak layan agaknya!
Nampak
sangat kawan gembiraNatasha itu ada maksud terselindung masa berkawan dengan
Natasha sebelum ini. Tak semua teman setia yang sanggup susah senang bersama. Miss
J tumpang sedih atas apa yang berlaku. Tak mengapalah Natasha. Standardlah...
Nak cari kawan masa gembira memang ramai. Tapi kalau kawan bersedih, belum
tentu senang jumpa!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan