10 September 2013

Semoga Jemaah Haji Malaysia Selamat - PM




Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan agar jemaah haji Malaysia sentiasa selamat sepanjang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci. Perdana Menteri turut menyeru agar jemaah haji Malaysia sentiasa mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi serta menjaga nama baik negara.

"Saya doakan agar jemaah haji Malaysia sentiasa selamat di Tanah Suci.

Patuhi peraturan di sana dan jagalah nama baik negara," katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.


Sebanyak 22,320 jemaah haji dari Malaysia akan tiba secara berperingkat untuk mengerjakan ibadah haji musim ini dan jumlah itu berkurangan 20 peratus berbanding tahun sebelumnya ekoran pengurangan kuota oleh kerajaan Arab Saudi kepada seluruh negara di dunia.

Rombongan pertama 450 jemaah haji dari Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamed Abdul Aziz, Madinah pada Sabtu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /