Berpusing-pusing dan berbelit-belit lidah
biawak si Guan Eng dalam usaha menepis isu penipuan dalam pemilihan CEC DAP. Takut
benar Guan Eng jika terpaksa mengadakan pemilihan semula.
Dalam mesyuarat tergempar DAP untuk
membincangkan isu ini semalam, nampaknya Guan Eng sudah membuat keputusan walau
apapun terjadi, pemilihan semula bukanlah satu opsyen. Ini bermakna, DAP akan melakukan apa saja
untuk memastikan tiada pemilihan semula biarpun terpaksa memecat kesemua 753
ahli India yang membuat aduan.
Guan Eng rela menyerlahkan sifat rasis DAP
daripada mengambil risiko dalam pemilihan semula. Untuk itu, Guan Eng menggunakan taktik
menghalakan kembali muncung senapang kepada ROS. Taktik yang sama telah digunakan DAP untuk
menangani kes korupsi parti itu sebelum ini di mana kematian ahlinya, Teoh Beng
Hock telah membolehkan DAP memusingkan muncung senapang ke arah SPRM.
Kali ini, Guan Eng meminta ROS pula yang
memberikan penjelasan dan fakta tentang kenapa DAP perlu mengadakan pemilihan
semula kononnya arahan ROS itu tidak jelas.
Syarat yang dikenakan oleh Guan Eng ini
membuktikan bahawa beliau sudah benar-benar terperangkap dalam penipuannya
sendiri. Fakta kes adalah mudah dan terlalu jelas iaitu 753 perwakilan DAP
membuat aduan tidak menerima jemputan bagi menjalankan hak mereka untuk memilih
ahli jawatankuasa parti.
Justeru, Guan Eng yang perlu menjelaskan
kenapa ini terjadi, bukannya ROS.
Guan Eng perlu menjelaskan jika kesilapan
pengiraan undi adalah salah komputer, maka apakah kes perwakilan tidak menerima
jemputan itu pula merupakan salah posmen?
Atau apakah komputer DAP sekali lagi tersalah dan secara automatik
memadamkan nama-nama India dari senarai perwakilan? Atau salah UMNO yang
mencuri surat jemputan?
Guan Eng boleh berpusing keliling berkungfu
menepis arahan ROS, namun seluruh rakyat tahu bahawa Guan Eng adalah penipu dan
rasis. Guan Eng juga seorang yang pengecut serta tidak punya keyakinan diri
untuk menghadapi pemilihan semula.
Sama ada ini benar, atau Guan Eng sememangnya
jenis bengap dan benak tidak faham bahasa sehingga tidak mampu memahami hakikat
tentang di mana kedudukan DAP dan di mana pula kedudukan ROS dalam isu
ini.
Setakat ini, Guan Eng dikatakan ingin
‘berunding’ dengan ROS. Kita tidak tahu
apa jenis ‘rundingan’ yang dimaksudkan oleh Guan Eng tetapi kita harap ia tidak
membabitkan kematian sepertimana yang berlaku ke atas Teoh Beng Hock.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan