26 Ogos 2013

Ahli Kumpulan One Direction, Style 'Kaki Perempuan'




Selain Niall Horan, Zayn Malik, Liam Payne dan Louis Tomlinson, pelengkap kumpulan sensasi One Direction (1D) adalah jejaka bernama Harry Styles. Berbanding empat yang lain, Styles adalah anggota termuda dalam kumpulan yang awalnya mencipta populariti menerusi lagu What Makes You Beautiful ini.

Bersandar pada rupa parasnya yang agak 'jambu', maka bukan sesuatu yang menghairankan apabila ramai peminat wanita menggila saat melihat dia beraksi di atas pentas mahupun terserempak di tepi jalan. Itu adalah kelebihan Styles dan dia pandai menggunakan kelebihannya itu untuk satu tujuan yang tipikal bagi mana-mana lelaki.

  
Menyorot rekod hidupnya, pemuda yang berasal dari Cheshire, United Kingdom ini begitu banyak menyimpan kontroversi gosipnya dengan wanita. Malah, tak keterlaluan untuk dikatakan, sebenarnya Styles lebih popular daripada anggota 1D yang lain beralaskan cerita-cerita sebegitu. Maka jangan terkejut apabila ada yang melabel Styles sebagai 'kaki perempuan' gara-gara kelakuannya itu.

Cita rasa Styles juga luar biasa. Meski masih muda, kebanyakan wanita yang didampingi Styles adalah wanita lebih berusia daripadanya. Sebagai contoh, Styles pernah dikaitkan bercinta dengan Caroline Flack sekitar tahun 2011. Ketika itu Styles berusia 17 tahun manakala Flack berusia 32 tahun. Kemudian, dia bertemu pula dengan wanita bernama Caggie Dunlop yang lima tahun lebih berusia daripadanya.

Selepas tidak menjadi dengan Dunlop, Styles dikatakan bermain cinta pula dengan Emma Ostily yang merupakan seorang model. Selepas Ostily, Styles meneruskan aktiviti kasanovanya dengan Lucy Horobin dengan jarak perbezaan umur 13 tahun. Ia mendapat tentangan banyak pihak memandangkan hubungan itu merupakan hubungan terlarang dan sebenarnya Horobin merupakan isteri orang ketika itu.

Kemudian Styles dikatakan menjalin hubungan dengan model pakaian dalam Victoria Secret, Cara Delevingne yang juga lebih berusia daripadanya. Paling mengejutkan, meski sudah tahu Styles mempunyai rekod buruk dalam bab cinta, ramai yang tidak menyangka mangsa seterusnya adalah penyanyi popular, Taylor Swift.

Juga tidak dapat bertahan lama, Swift yang terlebih awal 'angkat kaki' meninggalkan Styles kemudian menyaksikan bagaimana Styles menjerat mangsa baru. Menurut laporan, Styles kini menjalin hubungan dengan anak penyanyi Rod Stewart, Kimberly Stewart. Wanita yang juga merupakan bintang realiti televisyen itu dikhabarkan berkongsi latar belakang yang sama dalam siri percintaan Styles.

Dia juga merupakan wanita berusia daripada Styles dengan jarak perbezaan usia adalah 14 tahun. Oh ya, sebelum terlupa. Penyanyi Natalie Imbruglia dan pelakon Alexa Chung juga pernah tewas dalam kata-kata manis Styles dan hubungan mereka juga tidak ke mana akhirnya.

Styles pernah keluar dengan kenyataan bahawa dia tidak pernah cuba untuk mencari hubungan yang ada komitmen. Itu bermakna, Styles cuma mempermainkan wanita-wanita yang pernah didampinginya sebelum ini dan beranggapan hubungan itu sekadar untuk suka-suka sahaja.

Alasan Styles mudah. Dia masih muda dan mahu bergembira dan wanita berusia sering menjadi perhatiannya untuk itu. Nah..masih belum cukup kasanovakah Styles? Paling penting, persoalannya sampai bila Styles mahu mengamalkan hubungan tidak sihat seperti ini? Kita tunggu dan lihat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /