Setiausaha Organisasi DAP,
Anthony Loke Siew Fook terus didesak supaya mengemukakan sejumlah 500 surat
salinan asal yang ditandatangani oleh para perwakilan DAP kepada pihak
Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi membuktikan surat tersebut benar-benar wujud.
Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR)
cabang Ampang, Amizan Man berkata, tindakan itu wajar dilakukan Anthony kerana
ia melibatkan maruah dan kepercayaan orang ramai terhadap pakatan pembangkang.
"Ini penting kerana beliau
(Anthony) sendiri membuat pengakuan pada 19 Ogos 2012 bahawa beliau mahu
mengemukakan surat asal kepada ROS yang ditandatangani oleh para perwakilan
tersebut sebelum pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 15 Disember
2012.
"Jika beliau enggan
mengemukakan salinan surat itu kepada ROS, orang ramai akan menganggap dia
sebagai seorang pemimpin pembohong dan penipu.
"Sekiranya beliau gagal
mengemukakan salinan surat itu dalam tempoh seminggu, kita mendesak beliau
untuk meletak jawatan," katanya.
Semalam Pemimpin Parti
Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim mencabar Setiausaha
Agungnya, Lim Guan Eng dan Anthony mengemukakan sejumlah 500 surat salinan asal
yang ditandatangani oleh para perwakilan DAP kepada ROS dalam tempoh seminggu
ini.
Dalam nada kesal, Amizan
menempelak Anthony agar berhenti dari terus bersandiwara berhubung perkara
tersebut. Katanya, Anthony wajar memaklumkan perkara sebenar secara ikhlas sama
ada surat berkenaan benar-benar wujud atau tidak.
"Pakatan pembangkang yang
memperjuangkan ketelusan dan keadilan akan menerima kesan buruk berhubung
perkara ini termasuk menjejaskan imej PKR," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan