29 Ogos 2013

Album Tak Laku, Shiha Mentor Menangis



Naib johan program realiti Mentor musim kelima, Nur Shiha Mohd Zikir atau lebih dikenali sebagai Shiha mengakui kecewa apabila penjualan album pertamanya yang dipasarkan sejak Ogos tahun lalu tidak mendapat sambutan memberangsangkan.

“Secara jujur memang Shiha kecewa sangat kerana menyanyi adalah 100% periuk nasi Shiha. Ada hari Shiha kuat, namun ada hari Shiha lemah dan menangis kerana terlalu kecewa. Orang tidak tahu perjalanan karier Shiha sukar, tapi Shiha redha dan anggap belum ada rezeki Shiha lagi,” ujar Shiha ketika ditemui di Rumah Terbuka Bersamamu di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.


“Shiha sendiri tak tahu di mana silapnya sebab Shiha dah beri yang terbaik untuk album ini. Shiha dah buat banyak promosi serta hantar lagu Shiha ke beberapa stesen radio. Apapun, Shiha tak salahkan mana-mana pihak sebagai punca album ini tak laku sebab artis yang dah lama bertapak pun, bila buat album, ada juga yang tak laku.

Mentor Shiha, Datuk Sharifah Aini pun ada bagi nasihat dan berkongsi pengalaman yang dia pun merangkak dari bawah sebelum berada di tahap sekarang. InsyaAllah, Shiha akan berusaha lebih keras lagi serta akan merangka promosi dengan betul. Shiha juga harap mereka di luar sana buka mata dan beri peluang kepada Shiha untuk berjaya dalam bidang ini," luah Shiha.

Dalam perkembangan lain, bekas pengacara 'Jalan-Jalan Cari Makan' ini turut memberitahu dalam proses perbincangan dengan pihak rakaman serta pengurusannya, Monkey Bone dan The 8 Unit untuk menghasilkan single terbaru tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /