Baru-baru ini, Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi
Ideris telah mengkritik kepimpinan dengan keras sehingga mendesak kepada peletakan
jawatan. Alasan beliau, desakan itu adalah bersandarkan keputusan PRU-13 yang
diterjemahkan daripada strategi yang salah akibat terlalu menagih undi kaum
Cina.
Hujahnya, walaupun sudah terang lagi bersuluh
bahawa strategi tersebut salah, namun kepimpinan masih menggunakan strategi
sama iaitu mengutamakan kaum Cina dan memberi peruntukan berlebih-lebihan
kepada sekolah vernakular.
Benar, bahawa kaum Cina telah menolak Barisan
Nasional pada PRU yang lalu walaupun telah menerima berbagai-bagai ganjaran,
habuan dan bantuan dari kerajaan. Kaum Cina, hampir sebulat suara memilih
Pakatan Rakyat, pastinya dengan harapan yang parti itu akan dapat memberi lebih
lagi kepada mereka.
Namun, sedar atau tidak oleh kaum Cina bahawa
kenyataan Irwan Fahmi telah disambut oleh PR, sekali gus menunjukkan yang PR
setuju dengan beliau agar kaum Cina tidak diberi bantuan, habuan atau ganjaran
lagi.
Blog-blog pro-PR turut mencanangkan kenyataan
Irwan dan rata-ratanya menyatakan persetujuan bahawa BN terlalu melebihkan kaum
Cina. Blog-blog PR juga menyokong bahawa strategi BN menjaga hati kaum Cina
secara keterlaluan merupakan sesuatu yang tidak wajar.
Apa yang berlaku membuktikan bahawa kaum Cina
telah tersilap memberi undi kepada PR.
Jika kaum Cina yakin yang PR akan memenuhi segala impian mereka
sekiranya parti tersebut menjadi pemerintah, maka ternyata mereka telah
tertipu. Dan sokongan PR terhadap
kenyataan Irwan Fahmi adalah buktinya.
Justeru, hakikat yang perlu diterima oleh
semua pihak ialah kecenderungan politik Malaysia tetap bergantung kepada
sentimen majoriti, iaitu orang-orang Melayu.
Sesungguhnya kerajaan BN telah memastikan tiada kaum yang terpinggir di
negara ini dan kerajaan tidak pernah menyekat peluang kaum Cina untuk
berjaya. Oleh itu, bagi kaum Cina untuk
menafikan nikmat ini dengan menolak BN, merupakan satu keputusan yang tidak
bijak.
Bak kata pepatah, ‘orang tamak selalu rugi’.
Kini terbukti bahawa PR juga tidak mungkin
akan melayan ketamakan kaum Cina. Lebih
teruk, PR kemungkinan besar tidak akan mampu mentadbir negara dengan baik
sekiranya menjadi pemerintah.
Justeru, kaum Cina wajar merasa lega apabila
PR yang disokong mereka telah kalah dalam PRU lalu. Sekiranya PR menang, bukan sahaja kaum Cina
tidak akan mendapat kelebihan apa-apa tetapi mungkin nasib mereka lebih teruk
lagi akibat ketidakcekapan dan ketidakupayaan pemimpin PR untuk mentadbir
negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan