‘Perang’ rumah tangga aktres, Rita Rudaini
dan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Radzak
terus-terusan menjadi sensasi dan perhatian masyarakat. Situasi panas itu
berlanjutan dari penghujung Ramadan hingga Syawal ini.
Dek kelantangan Rita bersuara mengenai rumah
tangganya, Aidil hilang sabar dan dikatakan melafaz cerai melalui SMS tiga hari
sebelum Aidilfitri menjelma. Rita terus bersuara dan seperti mana luahan
kenyataannya dalam sisipan B*Pop (BH Ahad) bertarikh 18 Ogos.
Aidil juga bangkit bersuara termasuk
meluahkan isi hatinya di laman Twitternya. Aidil juga menerusi laman berkenaan
meminta Rita tidak membabitkan keluarganya dalam kemelut mereka dan berharap
Rita mencermin diri dulu sebelum mengatakan dirinya cetek agama. Apa yang
dilihat, pasangan ini nampaknya suka saling tuduh menuduh memburukkan satu sama
lain menerusi lama maya dan memberi kenyataan media.
Menariknya, Rita turut berbalas kenyataan di
laman Twitternya pula dengan menuduh Aidil ‘meroyan’ dan ‘gilakan publisiti’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan