Seorang remaja tanpa segan silu
melutut di khalayak ramai, meminta kekasihnya berkahwin dengannya. Bagaimanapun,
tindakan remaja itu mencetuskan kemarahan gadis itu yang kemudian memukul
kepalanya dengan ukulele. Kejadian itu yang dirakam di sebuah pusat beli-belah
di Dubai menunjukkan lelaki berkenaan, dipercayai warga India, dan gadis itu
berjalan ke arah sekumpulan pemuzik jalanan.
Ketika pemuzik berkenaan mula memainkan lagu,
remaja itu mencapai mikrofon dan berucap: “Saya mempunyai satu mesej istimewa
untuk seorang gadis istimewa. Saya mula berkenalan dengannya tiga bulan lalu,
di sini.
“Kamulah jantung hati saya. Kamulah cinta hati
saya, Dan kamulah segala-galanya bagi saya. Saya tahu kamu mungkin terkejut
tetapi saya mahu semua orang tahu, kamu menjadikan hidup saya bahagia.”
Ketika pengunjung pusat beli-belah itu
semakin ramai mengerumuni, keadaan mula berubah buruk bagi lelaki berkenaan
selepas kereta api mainan pusat beli belah itu melintasi pasangan berkenaan,
menjejaskan suasana. Gadis itu yang tersipu-sipu pula berkata: “ Oh tuhan.
Semua orang melihat kita.”
Tanpa mempedulikannya, lelaki itu menyambung:
“Saya mempunyai puisi untuk anda dan saya mahu semua orang mendengarnya.
“Apabila anda senyum, seluruh dunia terhenti
dan merenung seketika. Jantung saya berhenti berdegup dan tidak ada lain yang
saya cari kecuali kamu.”
Ketika dia mula hendak melutut sebelah kaki, gadis
itu merayu supaya dia tidak meneruskannya. Tetapi lelaki itu menyambung
tindakannya: “Dan saya mempunyai satu soalan untuk kamu. Kamu menjadikan saya
orang paling bahagia di dunia.”
Bagaimanapun, gadis itu tidak sanggup melihat
perbuatan lelaki itu seterusnya. Dia merampas gitar kecil daripada seorang
pemuzik jalanan itu dan memukul kepala lelaki berkenaan dengan alat muzik
tersebut, menyebabkan dia jatuh ke lantai. Gadis itu kemudian mencampakkan
instrumen berkenaan dan meninggalkan tempat itu.
Video berkenaan mencatatkan hampir 2,100,000
tontonan di YouTube. Bagaimanapun, ada dakwaan bahawa kejadian itu mungkin
lakonan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan