25 Ogos 2013

Almy Nadia Kena Kritik Dengan Mak Sendiri




Pelakon Almy Nadia mengakui ibunya sendiri merupakan pengrikitik nombor satunya terutama dari segi penampilan dan cara lakonan yang dipamerkan dalam setiap drama mahupun filem yang dibintanginya.

"Kalau nak tahu ibu saya memang akan selalu komen baik dari segi lakonan saya mahupun imej saya dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dia yang lebih tahu dan selalu ingatkan saya macam-macam. Misalnya kalau saya bawakan watak komedi, dia yang akan komen saya kelakar atau tak cukup kelakar.


"Ni bila dia tahu saya terpilih untu Super Spontan, awal-awal dia dah ingatkan saya supaya banyakkan latihan. Sebab, dia memang mengikuti program tu dari musim pertama. Malah dia siap boleh tahu kelemahan dan kelebihan peserta-peserta lain. Lucu pula bila difikirkan kerenah ibu saya tu", dedah Almy kepada Malaysia Digest.com ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu pelakon kelahiran Pulau Pinang ini berkata sebagai satu-satunya peserta yang bukan dari bidang komedi, penyertaannya dalam Super Spontan musim terbaru itu sebagai mencabar dirinya membuat lawak secara live dalam program realiti  bercorak permainan yang menampilkan para selebriti bermain komedi secara improvasi itu.

Almy ditempatkan di dalam kumpulan Ketam Confuse yang turut diwakili oleh Nabil, Suhaimi, Along (Raja Lawak), Shuib, Rahim dan Yus (Jambu). Mereka akan berentap dengan kumpulan Semut Sentap yang dibarisi oleh Johan, Eko (Saywho), Ajak (Shiro), Tauke, Jep (Jambu), Norkhiriah dan Munir.

Juara Super Spontan musim kedua bakal membawa pulang sebuah kereta mewah dan wang tunai sebanyak RM100,000. Ia bakal bersiaran menerusi Astro Warna mulai 30 Ogos 2013, jam 10.00 malam di saluran 132 dalam pakej Mustika dan ditayangkan serentak di Mustika HD (saluran 134).

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /