26 Ogos 2013

Goyang Gerudi Bertujuan Untuk Bangkitkan Roh Seks - Al-Arqam




Pengikut Al-Arqam yang kini aktif semula atas nama Global Ikhwan mengadakan majlis berbaur seks dan mempengaruhi para isteri agar meninggalkan suami mereka yang tidak lagi bersama jemaah itu, dakwa Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi).

Presiden Srikandi, Norashikin Abd Ghani, berkata, Hatijah Aam atau Ummu Jah yang kini mengetuai jemaah tersebut pernah menganjurkan majlis di mana wanita yang menyertainya datang dengan hanya memakai baju tidur nipis semata-mata.



“Selepas sesi ceramah terdapat slot lucah termasuk goyang gerudi, kononnya untuk membangkitkan roh seks. Ini adalah kesesatan yang jelas,” dakwa Norashikin dalam satu sidang media khas baru-baru ini.

Srikandi adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan. Pada 12 Ogos lalu, pertubuhan ini telah membuat laporan polis berkaitan isu salah laku serta cubaan menghidupkan semula ajaran sesat Al-Arqam oleh isteri pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad itu.

Al-Arqam telah difatwakan sebagai ajaran sesat di Malaysia pada 1994.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /